Berita

Bekas Suami Dipercayai Kembali Sertai Tabligh, Respon Bella Astillah – “Kalau Betul, Alhamdulillah.”

Share

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan dia tidak tahu menahu mengenai video tular di platform TikTok yang merakamkan kehadiran bekas suaminya, Aliff Aziz ke salah satu masjid di Singapura, baru-baru ini.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,30, bagaimanapun mendoakan yang baik-baik.

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan. Kalau boleh, saya tidak mahu untuk komen lebih lanjut.

“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul, Alhamdulillah.

“Dan sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik pun, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya.

Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media Konsert Jiwa Malaysia 2024 yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, pada Khamis.

Menerusi konsert tersebut Bella akan membuat persembahan bersama barisan artis lain seperti Hujan, Bunkface, Spider, Ruffedge, Insomniacks dan Dolla pada 7 September depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok itu, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih dan dipercayai berada di salah sebuah masjid di Singapura.

Menerusi perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.

Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH