Bekas suami Jennifer Lopez, Marc Anthony, 55, dikhabarkan telah menamatkan zaman solonya dengan peragawati dan juga ratu cantik terkenal, Nadia Fereira, 24, dalam satu majlis gemilang yang diadakan pada 28 Januari lalu.
Pernikahan pasangan yang memiliki beza usia sebanyak 31 tahun ini telah berlangsung di Muzium Seni Perez yang terletak di Miami, Florida.
Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran tetamu selebriti seperti pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, Salma Hayek, Lin Manuel Miranda dan Luis Fonsi.
Seperti dilaporkan Hola! Nadia Fereira tampil anggun menggayakan busana perkahwinan rekaan pereka ternama, Galia Lahav manakala Marc Anthony pula tampil segak dalam persalinan jenama terkenal, Christian Dior.
Pasangan ini mencetuskan khabar angin mengenai percintaan mereka selepas mereka dilihat meluangkan masa bersama di Mexico City pada awal 2022. Kemudiannya mereka mengesahkan hubungan yang terjalin melalui Instagram dengan swafoto yang diambil di dalam kapal terbang pada Mac tahun itu.
Tiga bulan kemudian mereka mengumumkan pertunangan secara rasmi pada Mei 2022 semasa pesta di restoran Sexy Fish di Miami, Florida.
Sedikit latar belakang mengenai pasangan ini. Marc Anthony yang merupakan seorang penyanyi popular sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan sebanyak tiga kali. Jennifer Lopez merupakan bekas isteri keduanya dan mereka memiliki dua cahaya mata bersama.
Nadia Feirera pula merupakan seorang ratu cantik terkenal berasal dari Paraguay. Die mendapat perhatian ramai apabila berjaya mendapat gelaran naib juara Miss Universe 2021. Kejayaannya itu merupakan pencapaian tertinggi wakil negaranya.
P/S – Satu fakta menarik, bekas isteri pertama Marc merupakan Miss Universe 2001, Dayanara Torres! Memang high taste betul!
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sudah Tegur Suami,” – Netizen Dakwa Ryzal Buat Lawak ‘Double Meaning’, Maryam Younarae Minta Maaf
Pempengaruh popular, Maryam Durian Kimchi tampil menjelaskan mengenai video tular yang mendakwa suaminya, Ryzal Ibrahim melawak secara lucah atau ‘double meaning’ oleh segelintir warganet.
Menurut Maryam atau nama sebenarnya, Maryam Younarae, telah berlaku salah faham dan dia memohon maaf jika perkara itu mengguris hati orang ramai.
“Sebenarnya ketika situasi itu, ada ayat yang saya bercakap dalam bahasa Korea dengan suami. Mungkin orang yang menonton ada salah faham sedikit.
“Jika ada yang rasa sebegitu, saya minta maaf. Saya pun sudah menegur Ryzal. Saya harap kita semua tidak menyimpan rasa benci, itu bukanlah sesuatu yang baik,” katanya.
Maryam ditemui pada majlis pelancaran single Blimey berjudul Saranghae Kawanku terbitan XENO di A Quite Place Bukit Bintang, pada Jumaat.
Maryam bagaimanapun mengakui, dia sendiri kurang menggemari lawak bersifat ‘double meaning’.
“Saya sendiri pun tak suka lawak ‘double meaning’. Namun, situasi antara saya dan suami dalam video berkenaan ada makna berbeza, bukannya lawak ‘double meaning’. Saya sebut bahasa Korea dan ia sangat spontan, apa pun saya minta maaf.
“Sebenarnya saya tak tahu dan tak sedar perkara itu boleh timbulkan isu. Jka saya tahu, sudah pastinya saya sudah menyunting video terbabit.
“Kita semua belajar dari kesilapan. Saya tak rasakan ini sesuatu yang serius, jadi saya akan belajar dari kesilapan,” katanya lagi.
Terdahulu, Ryzal menerima kecaman hebat daripada wargamaya selepas didakwa membuat lawak berunsur ‘double meaning’.
Menerusi video yang dikongsikan semula di aplikasi X, Ryzal bersama Maryam berada di pasar raya untuk membeli barang dapur.
Maryam kemudian berkongsi tips yang boleh digunakan untuk memilih buah tembikai.
Selain dengan cara menepuk-nepuk buah tersebut, antara tips yang boleh digunakan untuk memilih tembukai adalah melihat garisan dan tapak buah terbabit
Namun, respons yang dilafazkan Ryzal menarik perhatian netizen.
“Kalau yang kecil tu macam Rina, besar ni macam Maryam punya,” kata Ryzal.
Ayat terbabit mengundang kecaman wargamaya yang mendakwa ayat Ryzal mengandungi unsur ‘double meaning’ atau lucah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Masuk Raudhah Dengan Mudah, Lufya Omar Syukur Dapat Solat Saf Depan
Berkongsi pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, pelakon Lufya Omar baru-baru ini berkesempatan ke Raudhah dengan mudahnya, meski dihimpit jutaan manusia.
Katanya, dia bersyukur kerana dapat mendirikan solat di saf (barisan) hadapan.
“Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak❤
Raudhah di buka 2x sehari iaitu pada waktu selepas subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25.
“Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa.
Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan fya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah),” kongsinya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak itu turut berkongsi tips buat jemaah yang pertama kali menjejakkan kai ke Raudhah.
“Syukur dengan rezeki ini, fya kongsikan sedikit tips untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah. ..
❤Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, pakistan dan sebagainya.
❤Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tak sakit sgt apabila dirempuh dan di asak(rasa macam main raghbi pun ada 😂) Pakai Stokin yang tebal. Makan byk sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga..
❤Orang di sini berkejar dan berlari lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian utk solat di saf terbaik di dalam Raudhah
❤Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al quran kpd ibu bapa kita utk mudah mendapat bantuan yg tidak disangka- sangkakan. .
❤Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan. ..
❤Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan Orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain…
❤Jangan ikut perbuatan yang melebih -lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Disamping itu, anak kelahiran Johor itu juga berkongsi beberapa aktiviti sepanjang berada Tanah Suci.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Terdahulu, pelakon itu telah berangkat ke Tanah Suci pada Sabtu lalu dan meninggalkan anaknnya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.
View this post on InstagramA post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Foto: Instagram Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Isteri Saya & Anak Dalam Kandungan…,” – Siti Sarah Dikejarkan Ke Hospital, Instagram Shuib Dihujani Doa
Selepas berkongsi keadaan isterinya, Siti Sarah, ruang komen di Instagram Shuib dihujani dengan titipan doa mengharapkan agar penyanyi berkenaan serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan baik.
Sarah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
“Assalammualaikum semua, sy mohon DOAKAN ISTERI SY SITI SARAH BT RAISSUDDIN. DOAKAN SEMOGA DIA DAN ANAK DALAM KANDUNGAN DIBERI KESIHATAN KEMBALI DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. ALLAH MAHA SEGALANYA,” tulis Shuib sebagai kapsyen.
Lalu, para peminat meninggalkan komen yang baik-baik, memberikan semangat serta doa buat Shuib seisi keluarga.
Malah rakan selebriti turut menitipkan ucapan sama.
Terdahulu media melaporkan, Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan sepatutnya memotong gelang kuarantin pada Rabu, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Petang tadi kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans.
“Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya mulai menurun,” kata pengurus Sarah, Nana Mohamad Rom.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Shuib, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anak sebelum dibawa ke hospital.
Pada 25 Julai lalu, Sarah di Instgram memaklumkan dia dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif COVID-19.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI