
Pelawak dan pelakon terkenal Britain, Russell Brand kini berdepan tuduhan berat melibatkan kesalahan seksual terhadap empat wanita, menurut kenyataan rasmi Polis Metropolitan London.
Jejaka berusia 50 tahun itu, didakwa atas lima pertuduhan serius termasuk satu tuduhan rogol, satu serangan tidak senonoh, satu rogol oral dan dua serangan seksual. Kesemua kejadian didakwa berlaku antara tahun 1999 hingga 2005 di sekitar kawasan Bournemouth dan Westminster, London.
Apa yang lebih mengejutkan, tuduhan ini timbul selepas dokumentari penyiasatan khas oleh The Sunday Times, The Times, dan Channel 4 Dispatches yang disiarkan pada September 2023. Sejak itu, siasatan terhadap Russell telah digerakkan secara rasmi.
Menurut pihak pendakwa, Crown Prosecution Service (CPS), mereka telah meneliti segala bukti dengan teliti sebelum memutuskan untuk mendakwa Russell secara rasmi. Dia dijangka hadir di Mahkamah Majistret Westminster awal bulan hadapan.
Tidak mengambil masa lama untuk memberi respons, Russell tampil di platform X dengan satu video penuh emosi, menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut.
“Ketika saya masih muda dan bujang sebelum saya mempunyai isteri dan keluarga saya. Saya bodoh, saya bodoh sebelum saya hidup dalam panduan Tuhan.
“Saya seorang penagih dadah, ketagih seks dan bodoh, tetapi apa yang saya tidak pernah jadi adalah perogol.
“Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti tanpa persetujuan,dan saya berdoa agar anda dapat melihatnya dengan melihat mata saya,” luahnya.
Dia turut meluahkan penghargaan kepada peminat dan rakan-rakan yang terus menyokongnya di saat getir ini.
Bukan nama asing dalam dunia hiburan. Populariti Russell melonjak melalui filem seperti Get Him to the Greek, Forgetting Sarah Marshall dan pelbagai rancangan radio & TV UK.
Pernah berkahwin dengan bintang pop antarabangsa, Katy Perry dari 2010 hingga 2012, Brand sering menjadi tumpuan paparazi dan media.
Selain bergelar pelawak dan pelakon, kini Russell aktif di YouTube membincangkan topik kesihatan mental, ketagihan, spiritualiti dan juga teori konspirasi. Akaunnya itu memiliki lebih enam juta pengikut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI