Isteri kepada presiden Republik Indonesia ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono, Ani Yudhoyono meninggal dunia pada 11.50 pagi tadi pada usia 66 tahun.
Ani meninggal dunia sejurus selesai menjalani rawatan di Nasional Universiti Hospital, Singapura untuk penyakit kanser darah yang dialami.
Memetik daripada CNN Indonesia, Ani dirawat pertama kali kerana kanser darah pada 2 Februari 2019.
Beliau juga telah menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang belakang yang didermakan oleh adiknya, Pramoni Edhie Wibowo, namun tidak berhasil.
Warga MH mengucapkan salam takziah kepada warga Indonesia atas kehilangan ini.
Foto – CNN Indonesia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Maaf, Raya Tahun Ni Abbi Tak Mampu Nak Beli Apa-Apa Untuk Korang,” – Luahan Pelakon, Reza Hasbi Buat Anak-Anak
Awal semalam, pelakon Reza Hasbi ada memuat naik keluhannya menerusi Insta Stories apabila memaklumkan ada bayaran yang belum dilunaskan meski penggambaran sudah pun selesai kira-kira lima bulan lalu.
Lebih menyedihkan, dia turut memberitahu tahun ini tidak dapat membuat persiapan raya yang sempurna buat dua anaknya, Rifqi Daniah dan Rafi Daiyan.
Status yang dikongsikan itu antara lain turut meminta supaya isteri dan anak-anaknya bersabar.
Malah, bintang Pilih Kasih musim pertama ini turut memberi bayangan akan untuk diri dari dunia lakonan.
Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.
Foto: Instagram Reza Hasbi/Rosedarlila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Berlakon Sama, Aliff Aziz Sangka Nad Zainal ‘Kekwat’, Tapi Tidak! “Biasalah Kita Perempuan Kena Action Sikit.”
Tampil bergandingan buat pertama kali sebagai pasangan hero dan heroin, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berkongsikan pandangannya mengenai aktres Nad Zainal.
Menurut Aliff, 31, ketika di awal penggambaran dia sangka Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 32, seorang yang sombong.
Namun, ternyata sangkaannya itu meleset apabila ia sama sekali tidak berlaku selepas mengenali dengan lebih rapat rakan gandingannya itu.
“Pertama kali saya bekerja dengan Nad Zainal, Nad tak (sombong) okay sahaja.
“Sebelum shoot ada sedikit kekwat dia, tapi bila dah kenal dia okay je,” kata Aliff menerusi video promosi drama terbaharu mereka, Cina Buta yang dikongsikan di laman Instagram Nad.
Mendengar pengakuan Aliff, Nad yang berada di sebelahnya terus membalas secara berseloroh, “biasalah kita perempuan kena action sikit.”
Malah Nad turut menambah, Aliff merupakan antara hero yang paling sopan pernah dia bergandingan bersama.
“Setiap kali interview dia (Aliff) kata saya kekwat haha! Sorry, saya kalau tak kenal memang begitu.
“Tapi Aliff Aziz adalah hero paling sopan pernah saya jumpa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video yang dikongsikan itu turut meraih perhatian isteri Aliff, penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang turut meninggalkan komennya di situ.
“Yeee tak habis cakap you kekwat tapi dah shooting haaa tak habis-habis puji you,” tulis Bella.
Selain Aliff dan Nad, drama Cina Buta yang diarahkan Shahrulezad Mohameddin turut dibintangi Ungku Ismail Aziz, Puteri Aishah dan Didie Alias.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal, Aliff Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Menamakan Putera Kami, Wan Khair Amir…,” – Mira Filzah & Wan Emir Kongsi Wajah, Nama Anak
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki seminggu lalu mendedahkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.
Menerusi Instagram, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi nama permata hati iaitu, Wan Khair Amir.
Jelas Mira, ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi posting sama, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman turut memaklumkan majlis taknik juga telah disempurnakan.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan
buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada Januari lalu, Wan Emir mengesahkan isterinya berbadan dua selepas berbulan menyimpan rahsia.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.
Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI