Pelakon cantik, Rita Rudaini awal malam tadi ada memberikan jawapan kepada mereka yang bertanya kenapa kedua anak lelakinya kurus.
Katanya, ia berkaitan dengan genetik yang mana, anggota keluarga pada belahny kurus belaka.
Hal tersebut disampaikan Rita menerusi Instagram pada satu entri yang merakamkan salah seorang anaknya sedang minum susu.
“Sebelum tido depa mmg minum susu n ambik appeton…org ckp ‘nape kurus?’ ..dah keturunan badan belah2 kami xde yg gemok.
“doc ckp ‘jgn risau,selagi dorg aktif tanda dorg sihat..xsemesti nya gemok tu sihat,kurus tu sakit’,” tulisnya lagi.
Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan sebelum berpisah.
Hasil perkahwinan berkenaan, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Foto: Rita Rudaini