Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan anak lelakinya, Andre Mikhail kini sedang menderita penyakit kanser paru-paru tahap tiga.

Khabar mengejutkan itu dikongsikan oleh Amyza menerusi sebuah hantaran di Instagram pada petang Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @amyzaaznankaaia

“Saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan. Anak saya Andre Mikhail setelah hampir tiga minggu, sekarang ini dia didiagnose kanser paru-paru tahap tiga,” tulisnya.

Keadaan Mikhail Masih Tenang

Katanya lagi, meskipun keadaan agak membimbangkan, Amyza tetap bersyukur anaknya kini masih diberikan kekuatan dan ketenangan.

“Air dari paru-paru dah masuk ke jantung Paru-paru belah kanan dah collapse.

Ads

“Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang.

“Mata yang tenang dan jururawat pun cakap dia sangat kuat, Allah,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu Amyza turut merayu kepada semua pihak untuk menitipkan doa buat anak kesayangannya itu.

“Belah Kanan Dah Collapse,” – Anak Amyza Aznan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Mohon Doa

Ads

“Saya merayu tumpangkanlah doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat buat Amyza dan anaknya itu.

“Semoga diangkat segala kesakitan dan dihapuskan segala penderitaan,” komen pelakon, Nad Zainal.

Ads

“Ya Allah moga diberikan kesembuhan buat anakanda Mikhail. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan buatmu seisi keluarga,” balas pelakon, Erra Fazira.

“Semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga. Moga Allah berikan kesembuhan pada Mikhail,” komen Hafreez Adam.

“Semoga diberikan kesembuhan buat anak akak. Terus kuat kak,” komen pelakon Pekin Ibrahim.

Sebelum ini, Amyza ada berkongsi mengenai keadaan anaknya yang sedang dirawat di hospital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI