
Usahawan dan bintang media sosial, Kak KM atau nama penuhnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur kerana anak lelakinya, Faris Razman kini sudah genap 13 tahun.
Malah, Kak KM turut berkongsi sepotong video yang memaparkan gelagat kedua beranak itu saling berpelukan.
“Happy birthday hero mama, mama tak nak apa2 pun.. mama nak abg pandai belajar ok.. Jangan bodo malu mama,” tulis Kak KM.
Dalam pada itu, Kak KM turut menghadiahkan sebuah iPhone 8 kepada ‘birthday boy’.
Lebih meriah, kehadiran ahli keluarga yang terdiri daripada pelakon senior,Normah Damanhuri,Ahya Rosli dan saudara-mara yang lain turut sama memeriahkan majlis tersebut.
View this post on Instagramlawak mu faris udah macam berok 🤣🤣🤣🤣🤣 Happy birthday anak mama @farisanakmama 💋🔥💋
A post shared by ☎️ KM 0196177597 (@km_lianarosli) on
View this post on InstagramA post shared by ☎️ KM 0196177597 (@km_lianarosli) on
Difahamkan, majlis secara kecil-kecilan itu disambut di sebuah restoran di ibu kota.
Video/Foto : Instagram Liana Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“SOP Tak Menghalang Orang Ramai Dari Memberi Penghormatan Terakhir,” – Iesya Toh

Pengacara Iesya Toh berkongsi rakaman video yang merakamkan rombongan besar umat Islam di Malaysia yang hadir menziarahi bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
Menerusi video berdurasi satu minit yang dikongsi itu, kelihatan barisan panjang individu beratur dengan menjaga jarak sosial masing-masing.
Malahan, barisan tersebut difahamkan hingga melangkaui beberapa blok kediaman di sepanjang kawasan perumahan Allahyarham.
“Difahamkan, SOP tak mghalang org ramai dari memberi pghormatan terakhir buat Ustaz Ismail Kamus. Al-Fatihah.
“Rezeki org yg baik,” kongsinya ringkas pada entri video yang dimuat naik
Ustaz Ismail Kamus merupakan pendakwah terkenal dan sering menghiasi program Hal Ehwal Islam yang bersiaran di TV1 sekitar tahun 90-an.
Allahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Arwah meninggal dunia pada pukul kira-kira 12.30 tengah malam tadi, di kediamannya di Ampang.
Foto : Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pasti Akan Merindui Saat Berbadan Dua,”- Bayi Bergerak Aktif, Pelakon Erynne Erynna Tunggu Detik Bersalin Anak Sulung, Hamil 33 Minggu!

Pelakon Erynne Erynna, 24, menanti detik melahirkan anak sulung tidak lama lagi.
Malah, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (NKUCA) itu turut meluahkan rasa syukur dan terharu apabila disahkan hamil.
“Saya pasti akan merindui saat berbadan dua ini, Alhamdulillah ia adalah satu pengalaman yang sangat bersyukur.
“Ya Allah, tak dapat digambarkan perasaan apabila bayi berada dalam perut dan rasa dia bergerak semua, Subhan’Allah.
“I pray for those yang doa untuk rezeki zuriat semoga semua doa kalian dimakbulkan, amin ya Allah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on
Malah, usia kandungan pemilik nama penuh Syazlynne Erynne Abdullah kini sudah mencecah usia 33 minggu.
View this post on InstagramA post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on
View this post on InstagramA post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on
Mula mencipta nama dalam industri hiburan pada tahun 2004, Erynne mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019.
Foto : Instagram Erynne Erynna
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ala… Gula Tumpah Atas Screen Phone…,” – Foto Kahwin Jadi Wallpaper Telefon PU Riz, Netizen Doa Selepas Ini Bertiga Pula

Satu perkongsian foto daripada pendakwah bebas Haris Ismail atau sinonim dipanggil PU Riz mencuri perhatian apabila berkongsi wallpaper di telefon pintar miliknya, iaitu foto perkahwinan bersama isteri, yang juga pengacara dan usahawan Noor Neelofa, 32.
PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, memuat naik foto wallpaper tersebut menerusi hantaran terkininya di Instagram.
“New wallpaper,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen disusuli dengan emoji berbentuk hati sambil memberikan kredit.
Meninjau ke ruangan komen pada entri berkenaan, ramai yang tumpang gembira sekaligus menitipkan doa buat pasangan bahagia tersebut.
Malah, ada yang mengusik pasangan ini agar cepat-cepat mendapat rezeki zuriat.
“Nti pic btiga plk yer Aamin2,” tulis seorang warganet.
“Sweet and lovely couple,” tulis seorang lagi disusuli dengan emoji.
“Co cweeetty pak ustad cenggini,” tulis peminat tumpang gembira.
“Till jannah,” tulis warganet ringkas.
“Alaaa gula tumpah atas screen phone pulak,” usik seorang warganet.
“Soon bertiga pula,” usik seorang lagi warganet.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 110,000 tanda suka.
Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI