Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi foto ‘throwback’ saat majlis perkahwinannya beberapa tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan Amin bersempena dengan ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

Sekali gus, Amin turut menitipkan ucapan istimewa buat bidadarinya itu.

“Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat . Semoga terus sihat , panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidup mu .

“Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa..

“Berkat perkahwinan ini Allah Swt tambah rezeki kita dari hari ke hari . Alhamdulillah .

Ads

“Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke Syurga . Semoga Allah turunkan kasih sayang Nya pada keluarga kita,” tulisnya.

Malah, Amin mendedahkan ketika itu dia dan isteri masih menuntut ilmu di Universiti Al Azhar.

“Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012 . Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar .

Ads

“Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin. Hanya ada motor kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian .

“Tapi sebab kenal dari form 3 , lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang..

“Muka saya pun masa ni sangat remaja . Alhamdulillah selepas guna collogen kurma , muka jadi berseri dan matang sikit. Selamat Hari Jadi Sayang ,” tulisnya.

Ads

View this post on Instagram

Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat . Semoga terus sihat , panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidup mu . Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa.. . Berkat perkahwinan ini Allah Swt tambah rezeki kita dari hari ke hari . Alhamdulillah . Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke Syurga . Semoga Allah turunkan kasih sayang Nya pada keluarga kita.. . Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012 . Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar . Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin . 🤣 Hanya ada motor kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian . Tapi sebab kenal dari form 3 , lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang.. . Muka saya pun masa ni sangat remaja . Alhamdulillah selepas guna collogen kurma , muka jadi berseri dan matang sikit . 😁.. . Selamat Hari Jadi Sayang ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Amin atau nama penuhnya Amirul Amin Muala Lokman Hakim berkahwin bersama isterinya ketika masih belajar pada tahun kedua di Universiti Al-Azhar pada tahun 2012.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lahir pada bulan yang sama iaitu Aisyah Sofea 7 April 2014, Abdullah Umar 9 April 2016 dan Fatimah Zahra 22 April 2019.

Foto: Instagram PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI