“Belajar Tinggi Tapi Akhlak & Adab Tak Ada. Guru Dipandang Rendah, Ditertawakan,” – Fedtri Yahya Luah Rasa

Share

Pengacara dan personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya ada berkongsi nasihat mengenai keperibadian akhlak dan adab kepada insan yang bergelar guru.

Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya juga menambah, adalah amat penting untuk menghargai serta menghormati mereka.

“Belajar tinggi tapi akhlak dan adab tak ada. Guru-guru dipandang rendah. Ditertawakan.

“Sebab itu pentingnya belajar adab dulu baru ilmu.

“Hargai dan hormati guru. Ada barakah di sebalik kemurniaan akhlak,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengacara rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini berpendapat martabat seorang guru adalah tinggi dan harus dipandang mulia.

“Martabat ilmu dan guru bukan di tapak kaki orang yang angkuh. Tanpa akhlak dan adab, manusia hanyalah makhluk yang punya pengetahuan tetapi tidak diberkahi dengan kemuliaan seorang insan dan rahmat Ilahi,” tulisnya lagi.

Lantas, perkongsian pengacara berusia 39 tahun ini mendapat reaksi pelbagai wargamaya.

Menerusi ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut meluahkan rasa setuju dengan perkongsian Fedtri tersebut.

Tidak salah untuk kita mengamalkan sikap sopan santun dalam kehidupan seharian, tidak kiralah kepada sesiapa pun, betul tak?

Foto: Instagram Fedtri Yahya

Published by
Nazar Rafiqhi