Pelakon Lisdawati berpendapat sudah menjadi tanggungjawab para suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.
Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.
“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.
“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.
“Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” katanya.
Ads
Kata lagi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak menafikan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri sudah menjadi asam garam dalam berumah tangga.
Lisda menambah, para isteri juga harus memainkan peranan untuk sentiasa menjaga maruah pasangan dan setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.
“Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.
“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.
Ads
“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.
Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.
Ads
Sekadar informasi, Lisda dan Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memberikan respon mengenai persalinan jaket merah yang dipakai Aliff Aziz ketika pusingan ‘battle’ bersama Aweera di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.
Michael mengakui, dia turut mengenakan baju sama ketika melakukan penggambaran muzik video lagu single pertamanya, ‘Cinta Atau Propa’, baru baru ini.
Jelasnya lagi, pakaian tersebut diberikan kepadanya oleh seorang penata gaya untuk menjayakan muzik video berkenaan.
“Salam semua. Tak baik Cakap pakai baju I. Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @neonate.company for my MTV.
“Tak salah and bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua kita beli. Baju pinjam aje.
“Luv u all n be safe. Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehe… jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!,” tulis Michael menerusi di akaun Instagram miliknya.
Pelakon, Zalif Sidek mendedahkan dirinya telah pun membuat laporan polis berhubung isu namanya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi menjalankan sendiket penipuan atas talian.
Menurut Zalif, individu berkenaan telah pun memperdayakan ramai orang terutamanya menerusi aplikasi Whatsapp dan Instagram.
“Diorang guna nama aku untuk scammer atau pelbagai agenda jahat! Tolong jangan terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan Polis.
“Saya telah menerima text mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorg menghantar beberapa gambar screenshot akaun instagram Bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan Milik saya.
“Saya syaki akaun IG tersebut telah menggunakan nama saya untuk memperdayakan orang lain, menipu & scammer orang lain. Tengok nombor telepon pun tak tahu negara mana!
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tujuh Petala Cinta itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Zalif itu turut menitipkan ucapan penghargaan buat ketua polis daerah Bangi dan Kajang kerana telah memberikan kerjasama yang baik terhadap dirinya.
“Bodoh punya SCAMMER! Mohon semua kawan kawan atau kenalan saya di IG atau media sosial, jom report ramai ramai & semoga korang semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Thank you for detail info @joicietse & my brother @razlandreamarts .
“Thank you so much @pdrmsia_official Ketua Balai Bangi Kajang atas Kerjasama anda. Banyak dibincangkan semalam. Jutaan Terima Kasih @skmm_mcmc @finasmalaysia @instagram .
“Selain dari akaun official ig sy @zalifsidek takde sebarang akaun lain thank you,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat kepada Zalif agar dia lebih peka mengenai permasalahan ini pda masa akan datang.
Sumber: Instagram Zalif Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehebatan yang dipamerkan oleh pasangan beregu lelaki badminton Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin RUmsani tidak boleh disangkal.
Sejak digandingkan kembali, pasangan beregu ini berjaya memahat kejayaan demi kejayaan yang signifikan lantas melonjakkan nama mereka sebagai atlet yang digeruni di gelanggang badminton.
Terbaharu dalam hantaran platform X Shuttlehard, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin telah melonjak ke ranking kedua dunia, sekali gus menyamai rekod pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebelum ini.
🚨 Kemaskini Ranking Dunia BWF 🌏
Ranking Terbaik Kerjaya ⬆️
Beregu Lelaki
Kemaskini ranking selepas kejohanan pembuka tirai musim 2025 menyaksikan Gandingan Tangan Kuat #BadmintonMalaysia, Goh Sze Fei / Nur Izzuddin 🇲🇾 bakal mencapai kedudukan sebagai Beregu Lelaki ranking… pic.twitter.com/I1mfvtfgG0
“Kemaskini ranking selepas kejohanan pembuka tirai musim 2025 menyaksikan gandingan tangan kuat Badminton malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin bakal mencapai kedudukan sebagai beregu lelaki ranking ke dua dalam ranking dunia BWF.
“Perkembangan ini disahkan susulan kegagalan pasangan dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang yang gagal mempertahankan gelaran Juara Terbuka Malaysia,” tulis kenyataan di akaun tersebut.
Tahun 2024 menjadi tahun kebangkitan pasangan beregu ini apabila berjaya merangkul tiga gelaran dunia iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China bertaraf super 1000 dan Terbuka Finland.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.