Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui tahun 2019 merupakan satu tahun yang amat mencabar buat dirinya.
Menurut penyanyi 28 tahun ini, banyak perkara yang telah dipelajari dirinya sepanjang bergelar selebriti.
“Untuk tahun 2019, saya banyak belajar terutama belajar untuk tidak mudah mengalah sebab ada juga beberapa tawaran yang Azira nak tapi tak dapat.
“Tapi saya rasa mungkin belum rezeki saya tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki yang lain, yang lebih besar untuk Azira,” kongsi Azira.
Di samping itu, bintang ini juga mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupannya pada tahun hadapan.
“Sudah semestinya kalau boleh kita nak sesuatu yang lebih baik di masa akan datang dan Azira harapkan tahun 2020 Azira boleh keluarkan produk jenama Azira sendiri dan juga untuk kuruskan badan.
“Azam Azira untuk tahun 2020 ini kalau boleh Azira nak menceburi bidang teater tapi kalau ada rezeki. Buat masa ni Azira sangat gembira sebab InsyaAllah Azira akan muncul dalam dua buah filem tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Azira ditemui pada majlis pelancaran tudung jenama HANAMI yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa.
https://www.instagram.com/p/B5-DexXAS5F/?igshid=7pgagx5joims
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI