Bintang media sosial, Kourtney Kardashian dilihat tidak segan untuk bergambar di atas sebuah bot meski mempunyai bekas regangan (stretch marks), iaitu satu kesan selepas bersalin yang biasanya ada di bahagian belakang paha. 

Menerusi instagram kecantikan iaitu @Poosh, bintang berusia 40 tahun itu mengenakan bikini hitam berlatarbelakangkan sebuah pulau tampak yakin berposing. 

Malah, sinonim dengan imej seksi, bintang itu turut meninggalkan komen positif terhadap gambarnya.

Sementara itu, rata-rata memuji kecantikan semulajadi ibu beranak tiga itu.

Memiliki lebih 80 juta pengikut di Instagram, Kourtney seperti adik beradiknya yang lain sering berkongsi foto terkininya.

View this post on Instagram

gialla 💛

A post shared by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on

Foto : Instagram Poosh/Kourtney Kardishan