
Personaliti media sosial yang juga pengasas serta pemilik jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman baru-baru ini ada berkongsi foto lamanya ketika berusia sekitar 11 hingga 12 tahun ke laman Instagram.
Di samping rasa kelakar kerana ia kepingan foto lama yang dirakam secara selfie, difahamkan foto-foto tersebut dimuat naiknya menerusi Facebook pada awal fasa remajanya.
“Kelakar pula rasa bila terjumpa gambar time zaman facebook. i was 11-12 years old in all these pictures. Time flies,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan itu, entri yang sudah pun mendapat lebih 27,000 tanda suka itu turut dihujani dengan respon para peminat yang rata-ratanya memuji penampilan comel figura berusia 20 tahun ini.
Foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Dulu Cakap Begitu Akan Kena Maki Dengan Senior,” – Rindu Lapor Berita, Saiful Nizam Minta Hos Baru Jangan Malas

Pengacara dan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail, 38, mengakui sehingga sekarang dia tidak pernah jemu belajar selain rajin bertanya bagi memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Kata Nizam, peluang isi masa bersama nama-nama besar dunia penyiaran memberi ruang buatnya untuk buka minda, seterusnya mengambil apa yang baik bagi dipraktikkan dalam kerja.
“Ketika saya masih baru, kita terlalu mengidolakan nama-nama besar wartawan penyiaran atau personaliti televisyen. Rasa seronok dan fokus bila tonton mereka baca berita atau jadi hos di kaca TV.
“Sepanjang fasa itulah, saya ambil peluang belajar dengan Allahyarham Mahadzir Lokman. Kalau nak belajar mengenai program bual bicara, saya akan cari Nurfarahin Jamsari.
“Malah ketika dapat tugasan kendalikan Malaysia Hari Ini dulu, saya seminggu tak tidur malam kerana takut.
“Sekarang saya ada juga timba ilmu dengan Vanidah Imran memandangkan kami sentiasa digandingkan bersama di dalam majlis-majlis kenamaan. Mintanya ajar ekspresi wajah ketika berucap,” katanya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga meminta perkara sama perlu dilakukan pengacara muda sekiranya mahu kekal relevan dalam bidang penyiaran dalam tempoh lama.
“Ketika ini, saya lihat memang ramai pengacara baru yang datang dan pergi. Bagi saya, wartawan penyiaran atau hos yang baik perlu timba pengalaman sebagai wartawan terlebih dulu.
“Begitulah saya ketika bekerja di TV3 sebelum ini. Bila anda sudah ‘dilanyak’ untuk menjadi wartawan yang baik dalam mencari maklumat, tak mustahil anda boleh ‘handle’ cara untuk bercakap, susun ayat, berdepan dengan orang ramai dan sebagainya.
“Ada pengacara sekarang yang pernah saya lihat, dia menyebut ‘ini soalan saya yang pertama’. Kalau kami dulu cakap begitu akan kena maki dengan senior.
“Ada yang bagus dan boleh pergi jauh, cuma jangan pernah rasa malas untuk terus belajar.
“Malah saya sendiri masih rasa diri masih junior kalau nak dibandingkan dengan personaliti yang sedia ada,” katanya.
Ditanya sama ada dia mulai rindu untuk kembali selepas dua tahun berehat daripada dunia penyiaran, Nizam menjelaskan dia kini cuba terokai dunia baru untuk cabar diri.
“Sejujurnya, memang rasa rindu terutamanya dengan suasana turun padang bekerja sebagai wartawan serta kesibukan ketika berada di lokasi.
“Saya tak pernah rasakan saya berhenti, tetapi saya lebih selesa mengatakan saya hanya mengambil sedikit waktu untuk berehat.
“Saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dan sebelum kembali dengan semangat baru yang lebih kuat.
“Meski tak muncul di kaca TV, namun saya bersyukur rezeki dalam bidang pengacaraan masih ada, khasnya untuk mengendalikan acara-acara penting selain di media sosial,” akui Nizam yang kini turut menjadi perunding pelaburan AIA berjaya.
Kini melibatkan diri dalam produksi dokumentari pula, suami kepada Khairul Noormaaidah Zali, juara pencarian Gadis Melayu ini juga diperkatakan selepas muncul mengendalikan majlis akad nikah pelakon Mira Filzah.
“Selepas selesai mengacara majlis terbabit, saya terkejut kerana laman sosial dihujani pelbagai notifikasi yang memberi respon mengenai kemunculan saya.
“Syukur kerana komen yang ditinggalkan berbentuk positif dan memuji lenggok, lantunan suara serta kebolehan saya dalam menyusun perkataan. Rasa bersyukur dan berterima kasih,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nizam turut terkenal sebagai antara perantara program bual bicara online Sinar Harian yang sering membincangkan isu-isu berat termasuk hal politik semasa negara.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didie Alias Cerita Peritnya Jadi Ibu Tunggal Besarkan 5 Anak,- “Siang Kerja Pejabat, Petang Aku Berniaga Sate Di Kaki Lima Jalan.”

Bagi setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti mahukan anak-anak berjaya di dunia dan juga diakhirat.
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Didie Alias ada meluahkan perasan dan berkongsi cerita perihal kisah hidupnya di akaun Instagram.
Jelas ibu kepada 5 orang cahaya mata ini, dia memaklumkan dirinya pernah ditimpa ujian ketika mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Salam Jumaat Semua Tak tahu nape nk tulis jugak…Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal.
“Akulah Mak Akulah Bapak utk mencari rezeki sorang2 untuk besarkan mereka, sekolahkan,didik dorang,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,smp anak2 pun tak penah tahu aku nie ade duit ke tak.
“Aku kuat kerana dorang.Amanah Allah yang diberi tanggungjawab yg sangat besar utk aku.Membesarkan 5 org anak mase tu bg aku rase ya allah mampu ke aku,siang aku keja pejabat,ptg aku niaga sate kt kaki lima area umah aku,xde kwn baik family,aku taknak family aku tahu aku susah aku terseksa biarlah aku yg tanggung.
“Perit getir yang aku alami sebelum nie Allah balas dgn kesenangan hidup, kebahagiaan hidup,walaupun aku tak kaya raya,tp cukup utk aku berada didunia sementara nie insyaallah.
“Allah gandakan lagi dengan kejayaan anak2 aku,sampai ade 2 org anak aku seblum nie aku tak mampu nk hantar dorang ke tadika langsung.psl aku xde duit.,” tulisnya.
Selain itu, pelakon berusia 48 tahun ini mendoakan agar anaknya menjadi seorang anak yang bertangunggjawab dan berjaya di dunia dan di akhirat.
“Terima kasih Allah Terima kasih Anak2 Syurgaku memjadikan MUMY seorang Ibu yang sangat dihormati sekarang,Mase aku menaip nie pun air mata aku meleleh dgn sendiri.
“Aku bangga dgn anak2 aku,Aku sanggup buat ape saje utk dorang.Dorang balas dgn kejayaan dorang.Syukur.
“Alhamdullillah Tahniah Kakak @niyardzn menjadi pendorong & semangat kpd adik2 kamu.Anak yang ber tanggungjwb,Mumy doakan kakak diberi kejayaan dunia & akhirat,Mumy sayang Anak2 Mumy hingga kehujung nyawa Mumy.
“Tqsm @razi.shn ambil tanggungjwb mumy Tqsm daddy @ishamismaildd Allah nampak keikhlasan u memikul tanggungjwb menjaga anak2 tiri u,” tulis Didie panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on
Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Selepas itu, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Norisham Ismail pada Mei 2009.
Foto: Instagram Didie Alias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Berfungsi Seperti Biasa Dan…,” – Jalani Rawatan Kelamin, Zainalabidin Nasihat Para Suami Usah Malu

Penyanyi terkenal, Datuk Zainalabidin menyeru kepada para suami yang sudah berusia untuk menjalani rawatan kelamin demi keharmonian rumah tangga.
Menurut Zainal, para suami tidak sepatutnya berasa malu kerana masalah ini sememangnya normal apabila seseorang itu meningkat usia.
“Kita tak perlu segan. Apabila kita berkongsi, ia memberi peluang buat mereka yang bermasalah untuk berusaha mencari solusi. Saya juga ada masalah.
“Kalau kita ego dan simpan, ia akan membahayakan hubungan suami isteri. Apabila kita tak mahu melakukan pemeriksaan atau menerima nasihat, ia akan mendorong pejalanan hidup yang lebih negatif.
“Jadi, berterus teranglah. Bila lebih ramai orang tahu, lebih ramai yang akan perbaiki masalah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Puteri itu berkata sedemikian ketika ditemui di program santai minum petang bersama Zainalabidin baru-baru ini.
Program ini telah dianjurkan klinik kecantikan, Idealyst.
Katanya lagi, mereka yang bermasalah boleh berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat tentang rawatan-rawatan yang perlu dijalani.
“Ia bukan penyakit tapi satu kelemahan disebabkan faktor usia. Memang patut pun apabila alat kelamin tidak berfungsi seperti mana orang muda.
“Bila ada penyakit kencing manis, darah dan kolestrol tinggi, ia mengganggu kesihatan kelamin saya. Malah, semakin lama, ia beransur lemah.
“Saya sudah berjumpa dengan ramai doktor dan mereka menyarankan saya untuk mengambil suntikan p-shot atau t-shot. Tak perlu urutan. Cuma makan ubat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Zainal turut mendedahkan rawatan tersebut sememangnya berkesan buat dirinya setakat ini.
“Ia menampakkan kebaikkan tapi tidaklah 100 peratus seperti mana saya berumur 18 tahun. Sekurang-kurangnya, ia menyelamatkan keadaan rumah tangga saya.
“Ia tidak sakit atau memerlukan jarum yang panjang atau menakutkan. Ia dilakukan dengan proses yang sangat profesional. Tidak menyakitkan dan memberi kesan yang cepat,” katanya lagi.
Pada masa sama, penyanyi berusia 64 tanum menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk-produk yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kesihatan.
“Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Jangan suka-suka beli daripada media sosial kerana iklan-iklan seperti ini mungkin tak diiktiraf jabatan kesihatan.
“Produk ini mungkin membahayakan kerana bahan-bahanya tidak diketahui. Ia mungkin juga boleh memberikan kesan yang berbahaya terhadap kesihatan kita,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI