Personaliti media sosial yang juga pengasas serta pemilik jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman baru-baru ini ada berkongsi foto lamanya ketika berusia sekitar 11 hingga 12 tahun ke laman Instagram.
Di samping rasa kelakar kerana ia kepingan foto lama yang dirakam secara selfie, difahamkan foto-foto tersebut dimuat naiknya menerusi Facebook pada awal fasa remajanya.
“Kelakar pula rasa bila terjumpa gambar time zaman facebook. i was 11-12 years old in all these pictures. Time flies,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan itu, entri yang sudah pun mendapat lebih 27,000 tanda suka itu turut dihujani dengan respon para peminat yang rata-ratanya memuji penampilan comel figura berusia 20 tahun ini.
Foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takkan Setakat Itu Je Mereka Nampak Saya…,” – Kecewa Nama Hanya Dikaitkan Untuk Watak Aksi, Taufiq Hanafi Dahagakan Cabaran
Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon, Taufiq Hanafi amat mendahagakan cabaran bagi membuktikan kepada penonton yang dirinya juga merupakan pelakon versatil.
Menurut Taufiq, dia mahu membuang stereotaip yang mengatakan dirinya hanya mampu untuk melakonkan watak-watak aksi sahaja.
“Ada kalanya, saya akui agak frust apabila nama saya ini sering kali dikaitkan dengan naskah-naskah aksi sahaja. Saya sudah berada dalam industri ini agak lama. Sejak belajar di ASWARA lagi.
“Bila dah sinonim sebegitu, tumbul pula perasaan takkan setakat itu sahaja yang mereka nampak saya. Cabarlah saya bawa watak apapun.
“Kalau betul saya gagal membawakan sesuatu watak itu, saya akan sentiasa menerima kritikan. Mungkin itu kelemahan saya. Tegurlah saya macam mana pun. Saya sedia belajar dan berubah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Paskal itu berkata sedemikian ketika ditemui MH baru-baru ini.
Katanya lagi, ada kalanya dia juga kecewa dengan sikap segelintir pelakon yang hanya sambil apabila menjayakan sesebuah watak.
“Yang membuatkan saya bertambah bengang bila melihat pelakon lain mendapat tawaran untuk menjayakan sesebuah watak yang saya idamkan tapi tidak membawakannya dengan baik.
“Padahal saya nak watak itu tapi bila mereka telah diberikan peluang, mereka tak mahu manfaatkan peluang tersebut. Itu pun satu masalah juga,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Taufiq turut memaklumkan dia merupakan seorang yang sangat serius dalam bekerja dan sedia untuk memberikan komitmen penuh bagi menghidupkan sesebuah watak.
“Watak yang paling saya idamkan ketika ini adalah untuk membawakan watak sebagai seorang yang ada masalah psikologi. Saya mahu watak yang boleh menyiksa mental dan fizikal saya.
“Mungkin orang hanya nampak saya selesa membawakan watak aksi tapi apa sahaja watak yang diberikan pun, saya akan beri 100 peratus. Saya akan mengkaji dan belajar dahulu setiap watak.
“Sebagai pelakon, kita kena buat penonton percaya dengan lakonan kita. Kalau orang boleh percaya yang kita sama macam watak, itulah kekuatan seorang pelakon,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Taufiq baru sahaja muncul menerusi drama siri yang berjudul Astana.
Astana merupakan drama siri arahan pelakon dan pengarah, Luqman Hafidz yang mengangkat kisah mengenai kehidupan sebagai seorang doktor gigi.
Drama siri ini boleh ditonton menerusi laman Youtube Astana Dental.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Taufiq Hanafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demi Survival Hidup, ‘Shima Teringin’ Buka Warung Jual Nasi Campur
Penyanyi senior yang sinonim menerusi lagu Teringin, Shina yang kini bahagia dengan perkahwinan kelimanya bersama Abdullah Rusli, kini sibuk memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur di hadapan Pangsapuri Lestari di Damansara Damai, Selangor.
Katanya seperti yang dipetik Utusan Online, idea untuk membuka warung sebenarnya sudah lama.
“Sebenarnya idea untuk memulakan perniagaan sudah lama difikirkan. Dahulu saya sering masak untuk rakan-rakan dan mereka memberi sokongan untuk saya memulakan perniagaan.
“Tetapi, dek kerana kekangan waktu niat tersebut tidak pernah menjadi. Rencana untuk membuka restoran juga tidak berlaku. Banyak proses yang perlu dilakukan dan saya tidak jumpa rakan niaga yang sesuai.
“Sekarang rasanya masa yang tepat untuk memulakan perniagaan. Saya hanya berniaga secara kecil-kecilan. Jika usaha ini menjadi, siapa tahu satu hari nanti impian untuk membuka sebuah restoran akan tercapai,” katanya seperti yang dilaporkan.
Pada masa sama, penyanyi ini juga tidak kisah atau mahu ambil pusing terhadap kata-kata sino terhadap kerjaya barunya ini.
“Biarlah apa orang nak kata sekali pun. Mereka tidak tahu untuk memulakan perniagaan ini juga memerlukan modal.
“Jadi tidak perlulah saya kongsikan jika ada masalah kewangan sekali pun,” jelas Shima.
Ditanya sama ada dia masih merindui momen sebagai penyanyi atau sebaliknya, bintang ini tidak menafikan akan minat mendalam terhadap nyanyian.
“Rindu untuk menyanyi sememangnya ada. Sebagai anak seni, saya mahu terus menyanyi. Jika diberi kesempatan saya mahu merakamkan lagu baharu,” akhiri Shima yang menamakan warung niaganya sebagai Warung Teringin.
Foto/Sumber: Utusan Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wany Hasrita Akan Terus Tertutup Soal; “Ibu Pesan, Bahagia Jangan Tunjuk, Derita Pun Jangan.”
Selamat bergelar isteri pada Jumaat lalu, kisah cinta yang disimpan rapi Wany Hasrita selama ini menjadi antara bualan ramai yang kagum dengan sikap selebriti itu dalam menjaga hal peribadinya.
Ramai memuji serta ingin menjadikan contoh seperti yang ditunjukkan Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dalam berkongsikan kisah cintanya kepada umum.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Wany berharap agar tindakan dalam merahsiakan perhubungan sehingga sah bergelar suami isteri dapat dicontohi orang di luar sana.
“Sebenarnya saya berahsia sebab pengalaman sebelum ini. Kalau tak pasti, tak sah (jangan kongsi) sebab tak rugi apa pun sebenarnya.
“Kalau kongsi tetapi tak jadi nanti kena padam satu-satu. Harap sedikit sebanyak menjadi contoh kepada orang di luar sana,” katanya kepada MH.
Selain itu, penyanyi yang popular dengan lagu Menahan Rindu itu mengakui dia sedikit sebanyak mengikut pesanan ibunya, Norita Jaafar agar tidak terlalu menayang kebahagiaan kepada orang luar.
Menurut Wany, selepas berkahwin dia akan tetap meneruskan prinsip tersebut, yang mana tidak terlalu mengembar-gemburkan hal peribadi di media sosial.
“Saya gementar juga nak cakap… takut-takut kalau terbuat nanti. Tetapi saya bersetuju (hadkan perkongsian hal peribadi) sebab ibu pun dah pesan, bahagia jangan tunjuk, derita pun jangan tunjuk.
“Macam gambar raya bolehlah saya kongsikan,” ujarnya tertawa.
Wany selamat diijabkabulkan dengan seorang juruterbang asal Kuching, Sarawak, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, pada Jumaat lalu bertempat di Damansara Perdana, Selangor.
Dalam majlis tersebut, Wany menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI