Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia dan isteri lebih selesa untuk tidak mengambil tahu mengenai jantina anak sulung mereka buat masa sekarang.
Menurut Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, dia dan isteri mahu menjadikan momen tersebut sebagai kejutan kerana ia merupakan pengalaman pertama mereka untuk bergelar ibu dan ayah.
“Buat masa sekarang, jantina belum nampak lagi. Baru-baru ini masa saya pergi check up, doktor pun kata nampak samar-samar. Doktor dah nampak tapi belum boleh sahkan.
“Saya pun sebenarnya tak nak tahu jantina anak saya. Saya nak surprise sampai usia kandungan lapan bulan nanti,” katanya kepada MH.
Penyanyi asal Tawau, Sabah itu berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Ads
Ditanya mengenai soal persediaan barangan menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Ayie memaklumkan dia dan isteri telah pun membeli pakaian yang sesuai dipakai buat lelaki dan perempuan.
“Saya dah pun beli baju baby tapi saya beli baju jenis yang agak selamat. Beli baju yang lelaki dan perempuan boleh pakai. Warna pun lebih kurang.
“Saya inginkan anak lelaki dan isteri saya nakkan anak perempuan. Kami pun selalu bergurau mengenai soal jantina anak ini.
“Tapi ini hanyalah untuk mengeratkan lagi hubungan kami. Ini usaha saya untuk dia lupakan sekejap sakit yang dia rasa,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Ayie turut mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi segala kehendak isteringa ketika sedang hamil ini.
“Usia kandungan isteri saya dah masuk empat bulan. Sepanjang tempoh kehamilan ini, saya masih lagi boleh atasi mengenai soal mengidam atau emosi.
“Pernah satu hari dia mengidam nak kuih raya pukul 11 malam. Saya pun tak tahu mana nak cari. Di stesen minyak, saya jumpa tat nanas tapi nanas pula tak boleh makan.
Ads
“Kemudian, saya post di stories dan lima minit selepas itu, sepupu saya kata dia ada kuih raya. Mereka hantar di kedai saya dari Rawang. Sokongan daripada keluarga pun banyak bantu.
“Isteri saya tidaklah mengidam pelik-pelik macam nak makan sabun atau nak gigit suami. Dia lebih kepada makanan yang masam-masam. Buat masa ini saya boleh lagi handle,” akhirinya.
Sekadar informasi, Ayie dan isterinya, Tasha Awie berkahwin pada 21 Oktober 2021 selepas hampir 11 bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ayie Elham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Dayah Bakar memaklumkan kedua ibu bapanya telah disahkan posicltif Covid-19 dan sekali gus memohon jasa baik ramai untuk mendoakan kesihatan orang tuanya.
Berkongsikan perkembangan terkini, menurut Dayah, bapanya Hj Abu Bakar Johar kini telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital selepas positif virus tersebut beberapa hari lalu.
“Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Hj Abu Bakar bin Johar yang berada di ICU sekarang. Juga, untuk doakan mak saya, Halimatul Kamaliah bt Abdul Rahim untuk sembuh sepenuhnya.
“Your doa means a lot to me and my family. Thank you so much, may Allah bless you for your kindness,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu menerusi platform sama, Dayah ada meluahkan rasa sedih namun mencuba yang terbaik untuk memberikan senyuman dan sokongan moral pada ibu dan bapanya selepas mereka terjangkiti wabak berkenaan.
“Assalamualaikum semua. Dengan hati yang berat, Dayah nak kongsi berita dimana ibu bapa saya disahkan positif Covid. Memang rasa sedih sangat, dan buat Dayah tak keruan untuk beberapa harini.
“Honestly I’m not feeling okay, but I’m trying my best to smile and give moral support to my parents. Jadi, niat Dayah berkongsi adalah untuk memohon kepada kalian semua yang membaca post ini agar mendoakan kesembuhan sepenuhnya untuk mereka, dan juga sekalian rakyat Malaysian yang terkesan dengan wabak ini.
“Buat waktu ni, keadaan mereka stabil, dan inshaAllah, semoga terus kuat dan semangat!,” tulisnya baru-baru ini.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melihatkan sisi realiti harian kepada netizen, Izara menerusi laman sosial memuatnaik beberapa keping foto dirinya sedang menghadiri majlis rasmi dengan busana mewah beserta kasut bertumit tinggi. Dan apa yang dilakukan selepas itu.
“ Instagram VS Reality. Shooting pagi , petang attend event all glamorous and stuff..manakala sebenarnya….”
Terhibur dengan sikap rendah diri pelakon jelita ini, netizen mengatakan setiap wanita mempunyai perangai yang sama, punya selipar khas di dalam kereta.
“That slipper change. Every girl has that one slipper in the car, for her to change from heels.”
Tambah netizen lagi, walau ke pasar membeli barang dapur, menantu kepada Datuk K dan TokTi ini tetap cantik dan on point.
Foto – Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara mencipta akaun Tik Tok, pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik segelintir pihak kerana dikatakan sengaja melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan.
Tidak mahu tindakan disalah erti, PU Azman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Menurut PU Azman, aplikasi tersebut hanyalah merupakan salah sebuah medium perantaraan dan terserah kepada diri sendiri untuk menentukan ‘content’ yang ingin dicari.
“Post pertama di tik tok. Cuba-cuba je.
Sikit-sikit dulu. Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada.
“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat.
Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan oleh juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan selain turut berharap agar lebih banyak ‘content’ menarik yang akan dikongsikan oleh PU Azman selepas ini.
Terdahulu, PU Azman mengumumkan dirinya bakal tampil dengan telemovie terbaru berjudul Petaka yang akan bersiran disaluran Astro First.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!