Baharu mencecah usia 22 tahun, pelakon Meerqeen sudah pun berjaya memiliki kereta idamannya sendiri, Mitsubishi Triton.
Menerusi perkongsian video TikTok suami pelakon Anzalna Nasir, Hanif Zaki memuat naik beberapa gambar memperlihatkan Meerqeen membeli kereta daripadanya.
Dalam perkongsian itu, Hanif menyifatkan aktor itu seorang yang sangat sopan serta pandai menghormati orang lebih tua daripadanya.
“Senang berurusan dengan Meerqeen. Memang dia seorang yang sopan dan pandai hormat orang,” tulis Hanif di ruangan kapsyen.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan pencapaian Meerqeen yang masih tetap merendah diri biarpun kini berada di puncak populariti.
“Meerqeen beli kereta baru. Tahniah.
Ads
“Budak baik semoga rezeki Meerqeen mengalir terus seperti derasnya air mengalir. Amin.
“Meerqeen ni memang another level. Parents dia pun bagus penuh dengan kasih dan sayang sebab tu anak anak beradab,” komen sebahagian netizen.
Ads
Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, mula mencipta nama dalam bidang seni selepas memenangi tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2020.
Nama Meerqeen mula menjadi fenomena di negara jiran, Indonesia selepas membintangi drama Melur Untuk Firdaus bergandingan dengan Anna Jobling.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, watak Inspektor Mazlan sememangnya sinonim dengan pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal menerusi drama berkonsepkan polis dan penyiasatan, Gerak Khas.
Seperti enggan berselindung, AC mendedahkan dia berkemungkinan besar bakal membuat kemunculan istimewa menerusi drama yang memasuki musim terakhir itu.
Jelas AC, Gerak Khas mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya kerana daripada situlah kariernya bermula sebagai seorang pelakon.
“Sudah tentu Gerak Khas sangat istimewa dan dia ada ‘sentimental value’ di dalam diri saya. Saya buat Gerak Khas lebih kurang dalam masa empat tahun setengah.
“Kemungkinan besar InsyaAllah saya akan muncul kot. Kita nantikan. Kita tengok dulu InsyaAllah,” katanya kepada MH.
AC berkata sedemikian sewaktu ditemui selepas selesai sesi pengambaran program terbaru anjuran Media Hiburan yang berjudul MHthrowback yang berlangsung di Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Datin Emylia Rosnaida ini turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 ini.
“Saya syukur alhamdulilah ini rezeki tuhan. Saya dari mula PKP yang pertama sampai sekarang alhamdulilah memang tugas pengacaraan itu sentiasa ada.
“Memang setiap minggu saya shoot talk show seperti program Sembang Duduk Rumah, Punchline DAC dan selepas ini program All Together Now. Saya syukur kerana rezeki saya bagus sangat,” jelasnya lagi.
Sementara itu, AC turut menyifatkan segala musibah yang berlaku ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri terutamanya buat dirinya sendiri.
“Saya simpati dengan rakan-rakan artis yang lain tetapi bak kata orang kita tak tahu rezeki kita macam mana. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Ketika berlakunya pendemik Covid-19 ini, waktu inilah kita dapat sekurang-kurangnya duduk di rumah dengan keluarga, makan dan solat jemaat bersama.
“Hikmahnya pada saya pula, tawaran kerja tak putus-putus terutama untuk buat pengacaraan. Mungkin itu kelebihan saya.
“Kalau saya fokus menyanyi atau berlakon mungkin susah. Syukur tuhan beri rezeki lebih banyak sewaktu PKP,” akhirinya.
Sekadar info, selain drama Gerak Khas, AC turut pernah membintangi filem Gerak Khas The Movie 1 dan 2.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu dan Bea Tanaka, akan mengadakan Tayangan Khas untuk filem terbaharu berjudul magiK di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama sepanjang dua bulan, mulai bulan September sebelum ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.
Tujuan tayangan khas ini ialah untuk berkongsi filem dengan para penonton sekaligus menyaksikan Yasu Tanaka selaku pengarah dan penulis skrip filem asal Jepun ini bersama isterinya akan turun padang di semua lokasi terpilih.
MagiK menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.
Mengulas konsep tayangan khas ini, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran untuk menonton filem ini.
“Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi yang mempunyai “closed caption” yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
“Ia memaparkan kisah orang kampung di Kampung Kuantan, Kuala selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.”
“Kami amat berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Untuk tayangan ini kami telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk melibatkan komuniti pekak.
“Kami juga telah menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama JPN Perak,” katanya.
Tanaka menambah, magiK bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip, tetapi turut mengajak penonton menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran.
Naskhah ini juga adalah filem kedua arahannya selepas Nota yang ditayangkan di panggung pada 2015.
Sementara itu Yasu menambah, tayangan khas filem magiK membabitkan tujuh lokasi di seluruh tanah air.
“Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton tayangan khas filem “magiK” yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Tayangan khas ini membabitkan lokasi di Warung Adri, Kuantan pada 16 September ini, disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan Space08000, Sungai Petani (29 September). Tayangan khas di Trengganu akan diadakan di tepi pantai dengan konsep Wayang Pacak.
Selain itu, lokasi tayangan khas di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh (14 dan 15 Oktober) Tiga lokasi tayangan khas ini akan melibatkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
“Tayangan khas magiK di YMCA KL, adalah sebahagian dari sambutan International Deaf Day. Jadual tayangan khas akan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober.
Filem magiK mengisahkan mengenai Kit, gadis pekak berusia 7 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip. Ibu bapanya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya yang bekerja sebagai pendayung yang membawa pelancong melihat kelip-kelip.
Ibu mahu Kit belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun, Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana dia lebih cenderung untuk hidup dalam dunianya yang dikelilingi alam semula jadi.
Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan seekor kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya, berkelip dan terbang dengan cara tertentu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mencipta sensasi bersama kumpulan pop popular Korea Selatan, Blackpink, salah seorang anggotanya, Lisa kini telah pun muncul menerusi projek solonya dengan single yang berjudul, Lalisa.
Dilancarkan diseluruh platform muzik pada 10 September lalu, lagu Lalisa telah pun menerima sambutan luar biasa selepas muzik videonya berjaya meraih lebih 200 juta tontonan dalam masa hanya dua minggu.
Malah, lagu yang dinyanyikan oleh bintang kacukan Korea Selatan dan Thailand itu turut difahamkan telah trending diseluruh platform media sosial.
Terbaru, penyanyi, Stacy Anam dilihat ada berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan dirinya sedang merakamkan video cover tarian lagu Lalisa bersama kumpulan bimbingnya, Nona.
Menurut Stacy, meskipun dia kurang pasti dengan koreografi yang ditunjukkannya itu, namum, dia menganggap ia sebagai salah satu sesi latihan yang baik.
“Sesi perah peluh sambil asah groove. Entah betul ke tidak step yang aku buat tu. I malulah dance-dance ni bila tiada audience. Cingg! Tiberr eh nyahh!
“Berangan mau pakai seluar besar walau agak renek disitu namun baju i pakai ni style okayyy @hikaririders. Thank you @thisisnona rajin menggerakkan urat sendi otot PKP kita ni,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut meluahkan rasa rindu untuk melihat isteri kepada penganyi, Akim Ahmad ini kembali beraksi di atas pentas.
“Keep it up kak. Love.
“Masih lincah macam dulu-dulu.
“We’re ready for your epic comeback queen. Kasi pecah.
“Mudah-mudahan Stacy dapat berkoleborasi dengan Lisa.
“Queen is back,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berdurasi hampir 30 saat ini telah pun meraih lebih 150,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!