Mungkin kerana tak tahan dengan tanggapan negatif sesetengah netizen yang menganggap para selebriti menggunakan ‘orang dalam’ untuk mendapatkan tiket, akhirnya pelakon Datin Diana Danielle bersuara.
“Alhamdulillah kami beli dgn duit keringat kami sendiri, kami tak perlu main cable.. kesian kan org yg beli tiket mahal2 sebabkan tikus2 nak untung? Lepas tu kami dikatakan guna cable?,” jelas Diana.
Melalui gambar yang dimuat naik Diana yang turut berswafoto bersama rakan artis lain antaranya Ummie Nazeera, Lisa Surihani, Mawar Rashid yang masing-masing membawa pasangan (suami), pelakon Gol & Gincu Vol.2 ini memberi respon.
Selain isu tersebut, ada juga netizen yang mempersoalkan tujuan utama mereka memakai topeng muka (mask).
Aduhai, ada sahaja netizen yang berfikiran negatif terhadap para selebriti gara-gara sekeping tiket dan pemakaian topeng muka.
Malah, rakan artis lain turut memberikan reaksi terhadap apa yang dikatakan netizen menerusi Instsgram milik Diana.
Terdahulu, sekitar hampir 90,000 penonton yang hadir memberi sokongan buat Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi, meski hujan lebat sebelum perlawanan bermula.
Apa -apa pun, keputusan yang cukup sengit antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam dengan keputusan seri (2-2). Mereka akan bertemu di Vietnam pula, minggu hadapan.
Foto : IG Diana Danialle