Penyanyi Azharina Azhar merasakan pelantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) tidak sepatutnya dipertikaikan.
Menurut Azhrina, Siti merupakan seorang penyanyi lagenda yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni suara dan telah menjadi inspirasi buat seluruh anak seni.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada seorang lagenda Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mungkin saya tidak mengenalinya secara dekat tapi kita kenal beliau sebagai anak seni yang banyak beri impak kepada penyanyi lain.
“Sejujurnya, pakar ini ada pelbagai jenis. Ada pakar IT, ekonomi, gastronomi dan macam-macam lagi. Namun, kena ingat, Siti adalah pakar dalam karyanya yang tersendiri.
“Walaupun beliau tidak belajar secara formal dan tiada ijazah dalam bidang muzik namun, Siti juga tetap belajar daripada orang-orang terdahulu secara tidak formal”, katanya kepada MH.
Azharina berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu Realiti duet bersama Kozae yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.
Katanya lagi, Siti juga sememang sudah memenuhi segala aspek yang menyebabkan panel-panel penilai bersetuju memberikan pengiktirafan tersebut.
“Pada saya, beliau layak diiktiraf sebagai pakar dalam bidang seni dan diletakkan sebagai salah seorang pakar di institusi ke-6 terbaik di dunia iaitu, Universiti Malaya.
“Panel-panel yang menjurikan beliau untuk ada di situ juga merupakan orang yang benar-benar layak dan berpengalaman,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Elergi Sepi ini akui bukan mudah untuk kita memuaskan hati orang lain.
“Dalam hidup ini, bila ada perkara baik, pasti ada juga hal yang buruk. Kita ini manusia dan bukan malaikat.
“Pada saya, beliau layak berada di situ dan saya setuju dan dinobatkan sebagai pakar dalam bidang muzik. Secara teknikal dalam bidang nyanyian.
“Kalau bidang penciptaan atau susunan muzik, mungkin patut diberikan kepada orang lain. Kepakaran Siti ini adalah dari segi vokal. Allah beri anugerah itu.
“Malah, dia sentiasa malar segar. Jadi, dia layak,” akhirinya.
Terdahulu, pelantikan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu meraih reaksi pelbagai netizen termasuk kononnya tidak layak diberikan jawatan berkenaan kerana tiada kelayakan akademik kukuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI