Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh tampil membuat permohonan maaf seperti mana yang dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa iaitu Nuraisyah Athirah.
Menurut Noh, dia juga bersetuju untuk memadam kesemua gambar-gambar Musa yang telah dimuat naik di seluruh platform media sosial miliknya sebelum ini.
“Saya Mohammad Noh bin Salleh ingin memohon maaf secara terbuka kepada ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuat naik gambar muka Musa lagi dan akan memadam gambar-gambar yang mengandungi muka Musa di laman sosial saya,” katanya.
Permohonan maaf itu dikongsikan sendiri oleh Noh menerusi satu hantaran video di Instagram.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bila Aku Sudah Tiada ini juga memaklumkan dirinya tidak tahu menahu mengenai perjanjian yang telah dibuat oleh ibu kandung Musa bersama bekas isterinya, Mizz Nina mengenai larangan memuat naik gambar anak kecil tersebut di media sosial.
Ads
“Saya tidak tahu menahu akan perjanjian yang dibuat oleh pihak ibu kandung dan pihak bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuat naik gambar muka Musa di mana-mana platform.
“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Musa bukan berada di bawaah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada pihak Mizz Nina seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini,” katanya lagi.
Pada masa sama, Noh turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah memanupulasikan kenyataan Nuraisyah Athirah di sebuah program televisyen baru-baru ini.
Ads
Menurut Noh, dia sendiri tidak faham mengapa isu ini dibangkitkan semula sedangkan kata sepakat sebenarnya sudah pun berjaya dicapai
“Bagi isu manipulasi pula, perkara tersebut adalah tidak benar di mana persetujuan telah pun dicapai dengan pihak ibu kandung di mana beliau telah pun bersetuju untuk memberi penjagaan Musa kepada saya secara sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan tidak ada mengenakan apa-apa syarat tentang memuat naik gambar muka Musa.
“Akan tetapi saya faham akan kedudukan beliau sebagai ibu kandung Musa di mana beliau mempunyai hak sepenuhnya ke atas perkembangan Musa dan saya hormati keputusan beliau pada waktu ini,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Noh turut mendedahkan dirinya telah menerima perintah untuk hadir ke mahkamah syariah untuk proses Sulh
“Saya juga berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya sudah pun mendapat perintah untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 5 February ini bagi proses Sulh dan 6 February untuk perbicaraan.
“Saya berharap dengan penjelasan yang telah pun saya buat ini dapat menjernihkan keadaan dan saya berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, dua peserta Big Stage 2019, Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan sebagai dua peserta tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam, malam tadi.
Diumumkan sebagai antara tiga peserta yang mendapat markah terendah bersama Adzrin minggu ini, nasib bagaimanapun tidak menyebelahi mereka apabila dua bintang muda itu mendapat undian online paling rendah sekali gus menyekat persaingan keduanya minggu hadapan.
Positif terhadap keputusan tersebut, Chaleeda yang sebelum ini terselamat sepanjang minggu menerusi undian online menyatakan rasa terima kasih atas sokongan semua pihak, terutama buat peminat yang mengundi.
“Jujurnya saya rasa terharu atas sokongan peminat selama beberapa minggu. Cuma kali ini nasib tidak menyebelahi. Apa pun saya terima ia dengan hati terbuka memandangkan rakan lain yang bertanding memang selayaknya untuk meneruskan saingan.
“Sepanjang minggu, harapan peminat cukup kuat untuk melihat saya membuat persembahan, mengharapkan agar saya ada peningkatan dan sebagainya.
“Saya hargai meski awalnya, saya jangka akan tersingkir pada minggu pertama tetapi saya masih di sini atas sokongan mereka. Terharu atas sokongan tersebut.
“Akan tetapi bagi saya Azdrin patut meneruskan saingan, saya bangga atas apa yang telah dilakukannya, termasuk rakan lain yang ibaratnya sudah menjadi seperti keluarga sendiri,” ujar pemilik nama lengkap Chaleeda Gilbert ini kepada MH.
Dalam perkembangan lain, gadis manis asal Thailand ini bakal melancarkan single sulung berbahasa Melayu tidak lama lagi selain turut mencuba peluang untuk mencuba bidang lakonan selepas ini.
Semalam, Chaleeda berada di kedudukan paling rendah menerusi permarkahan yang dibuat juri profesional iaitu sebanyak 62 peratus, sementara Adzrin dan Syada masing-masing memperolehi 71 peratus dan 68 peratus.
Minggu hadapan, kesemua peserta bakal membuat dua persembahan iaitu lagu pilihan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’ bersama pasangan yang telah diumumkan pada hujung konsert.
Foto: Instagram Chaleeda, Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pentas akhir Miss Universe Malaysia 2024 baru sahaja menutup tirai dengan memahkotakan Sandra Lim sebagai juara sekaligus bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Sandra, 23, menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan sejak awal pertandingan menjadikan dia antara pilihan ramai untuk menggalas nama Malaysia di pentas ratu cantik berprestij itu.
Bukan figura asing dalam dunia ratu cantik, dua tahun lalu gadis tinggi lampai dengan ketinggian 175cm ini pernah bergelar Miss Global Malaysia 2022 dan merangkul gelaran naib juara di pertandingan peringkat antarabangsa Miss Global 2022.
Miss Universe Malaysia 2024 menyaksikan 16 finalis saling berentap dalam temuduga tertutup, sesi gaun petang dan kemudiannya lapan peserta terbaik mara kepusingan akhir untuk menjawab soalan akhir.
Selain Sandra yang bergelar juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga Miss Universe Malaysia 2024 jatuh kepada Gianna Tan dan Temara Inigo.
Sedikit info tentang Sandra, nama penuhnya adalah Sandra Lim Shue Hui. Kini bergelar peragawati, pelakon dan hos, dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada City University dan merupakan penerima anugerah kecemerlangan pelajar ketika majlis graduasi.
Imbas kembali, kali terakhir wakil Malaysia yang berjaya bergelar semi-finalis di pentas Miss Universe adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan Josephine Lena Wong.
Sehingga kini, sudah lebih 53 tahun nama Malaysia tidak bergema di pentas Miss Universe apabila saban tahun wakil Malaysia gagal menempatkan diri mereka.
Adakah Sandra bakal menjadi menjadi pemecah kemarau ini? Sama-sama kita nantikan. Pertandingan Miss Universe 2024 bakal berlangsung pada November nanti di Mexico.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber foto: Instagram Sandra Lim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!