Mahkamah Syariah hari ini mengesahkan Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai talak satu. Aliff yang kelihatan sugul, menangis ketika diwawancara wartawan sejurus kes selesai.
“Saya akan perbaiki diri. Bella telah berkorban daripada hari pertama, dia yang jaga makan pakai saya. Saya masih sayangkan Bella.
“Selagi saya masih hidup, saya masih lagi hamba Allah, semoga masih ada peluang.
“Buat masa sekarang saya tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai apa-apa isu. Yang penting saya mahu menghadap hari esok sebagai seorang yang telah terpisah dengan isteri.
Ads
“Perihal anak, biarlah saya tentukan dengan Bella.
“Saya faham orang ada persepsi sendiri, saya hanya mahu perbaiki diri.
Ads
“Saya anggap ini sebagai teguran daripada Allah. Saya minta doa orang ramai untuk doakan Bella dan anak saya,” ulas Aliff ketika ditanya.
Dalam pada itu, Bella turut menegaskan perpisahan adalah jalan terbaik selepas kesilapan demi kesilapan dilakukan bekas suaminya.
Ads
“Pada saya, memang sesungguhnya dalam rumah tangga, semua orang nak kekalkan masjid. Saya dah cuba yang terbaik walaupun macam-macam orang cakap pasal saya. Saya rasa saya nak pertahankan. Semua orang pernah buat silap.
“Cuma kali ini, biarlah keputusan untuk berpisah jadi jalan terbaik sebab saya tak nak hidup Aydan negatif. Apa yang saya boleh kongsi, sampai bila-bila pun, Aliff tetap ayah kepada anak saya.
“Saya nekad bercerai kerana apa yang berlaku baru-baru ini. Sekali dua kali smeua buat silap, tapi jika selalu buat kesilapan, itu adalah pilihan. Tiada apa yang boleh di ulas, berpisah adalah jalan terbaik,” jelasnya yang kelihatan tenang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Paduka Eina Azman ada meraikan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden bersempena dengan ulang tahun kelahiran insan tersayangnya itu yang ke-41.
Lebih romantis, pelakon Ratu The Movie itu dilihat turut membuat kejutan buat suami dengan membawanya bersiar-siar dengan menaiki helikopter!
Momen indah yang turut disertai anak kembarnya telah dikongsikan menerusi beberapa entri foto serta video di Insta Stories miliknya.
Terdahulu, Eina atau nama sebenarnya, Ainud Syakina Azman membuat kejutan tersebut dengan menutup mata suaminya terlebih dulu sebelum tiba ke lokasi untuk menaiki helikopter.
Malah kedua anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, yang berusia empat tahun turut dibawa bersama-sama menaiki helikopter selain turut mengabadikan momen keraian.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan pasangan kembar comel pada tanggal 19 Februari 2016.
Foto: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat maestro muzik, Datuk Ramli MS yang telah pun selamat menerima menantu.
Majlis serba ringkas tersebut telah pun berlangsung hari ini dikediamannya.
Berkongsi momen indah, isteri Datin Alyah ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis anak tirinya, Nadiah Ramli bersama pasangannya yang dikenali sebagai Taufik.
Sambil menzahirkan rasa teruja kerana majlis berjalan sempurna, penyanyi Meluruh ini turut merakamkan ucapan terima kasih buat ibu Nadiah, Jennifer Thompson
“TAHNIAH @nadiahramli dan taufik. Semoga rumahtangga yg dibina berbahagia hingga syurga Allah swt. TQ so much @jennthompson2811.
“Seronok Sbb dapat join sama2 buat persiapan yg ringkas tapi bermakna. Tahniah juga sbb dapat menantu.
“Alhamdulillah. Buat @najeeramli juga tahniah Dapat adik ipar. Lepas ni tggu najie plak.
“Terima kasih @tokram_ramlims Utk pengalaman yg cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you ALLAH,” tulisnya menerusi hantaran fotonya sekeluarga di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti turut memberikan ucapan tahniah buat pasangan serta tumpang gembira terhadap berita yang dikongsikan.
Foto: Instgaram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres, Tiz Zaqyah ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Menurut bintang Nur Kasih ini, dia sedih dengan cara layanan segelintir pihak terhadap pembantu rumah yang tidak adil.
Malah tulisnya lagi, setiap individu berhak mendapatkan layanan yang sama.
Treat everyone the same. Kesian tengok maids makan asing, kadang2 kena sorok2. Ada yang bilik pun takde, tidur kat lantai. Be reasonable with them. Tak salah makan sekali. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin. -Tiz
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...