
Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan Putrajaya mencuri perhatian ramai, hari ini.
Keberadaan ibu kepada dua cahaya mata itu di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sopan Berbaju Kurung
Bella kelihatan mengenakan baju kurung ketika hadir di perkarangan berkenaan sekitar pada jam 8.40 pagi.
Terdahulu, mahkamah menetapkan Rabu dan Khamis ini bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saif Ali Khan Cedera Ditikam, Kini Dalam Keadaan Stabil

Pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman dalam satu insiden pergelutan dengan seorang penceroboh di kediamannya yang terletak di Mumbai.
Menurut pihak polis, suami kepada pelakon wanita terkenal Bollywood, Kareena Kapoor Khan itu dilaporkan berada di luar bahaya dan sudah menjalani pembedahan.
“Beliau kini sedang dirawat dan berada dalam keadaan stabil,” kata pegawai polis, Gedam Dixit.
Dalam kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh pihak yang mewakili Saif Ali Khan pula, bintang terkenal itu kini berada dalam proses pemulihan.
“Saif Ali Khan telah keluar dari pembedahan dan sudah tidak berada dalam keadaan bahaya. Dia kini dalam pemulihan dan doktor memantau perkembangannya,” seperti yang tertulis dalam kenyataan itu.
Bintang berusia 54 tahun yang telah membintangi lebih 70 filem dan siri televisyen ini menetap di sebuah apartmen di Bandra, Mumbai bersama isteri serta dua anak mereka.

BACA JUGA: Rani Mukerji ‘Beku’ Saat Penggambaran Bersama Shah Rukh Khan, Perlu Diusung Ke Kereta
Wakil tersebut turut memaklumkan bahawa Kareena dan anak-anak berada dalam keadaan selamat, manakala Saif akan terus mendapatkan rawatan lanjut.
“Keluarga berada dalam keadaan baik, dan Saif kini menjalani prosedur susulan kejadian cubaan rompakan tersebut,” ujar wakil tersebut.
Dalam kejadian sama, seorang pekerja wanita di kediaman pasangan ini turut diserang dan sedang menerima rawatan. Polis kini menjalankan siasatan terperinci dan usaha menjejaki suspek sedang giat dilakukan.
Saif, yang merupakan anak kepada bekas kapten kriket India, Mansur Ali Khan Pataudi dan legenda layar perak Sharmila Tagore, merupakan salah seorang bintang Bollywood paling disegani.
Sebelum berkahwin dengan Kareena pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Taimur dan Jeh, Saif terlebih dahulu mendirikan rumah tangga dengan Amrita Singh pada 1991 sebelum bercerai pada 2004.
Hasil hubungan tersebut dia memiliki dua orang cahaya mata yang kini cukup popular sebagai pelakon iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan. Masing-masing berusia 29 dan 24 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Takut, Risau Reputasi Jatuh,” – Tak Putus Asa Cuba, Rahmad Mega Galak Artis Senior Masuk Program Realiti

Tidak pernah lelah mencuba nasib dibeberapa program realiti, akhirnya usaha keras penyanyi Rahmad Mega membuahkan hasil selepas dinobatkan selaku juara edisi pertama Terpaling Juara.
Menurut Rahmad, meskipun sudah bergelar penyanyi sejak lebih tiga dekad yang lalu, namun, dia mendedahkan dirinya masih lagi mendahagakan cabaran.
“Syukur kepada Allah SWT kerana menobatkan saya sebagai juara musim pertama Terpaling Juara. Kalau ikutkan pengalaman saya bertanding sebelum ini, jarang saya menang.
“Saya tahu ramai yang pernah melihat saya bertanding di program-program televesyen lain kerana misi dan hasrat saya adalah untuk melihat potensi diri dan adakah saya mampu bersaing dengan artis-artis remaja masa kini.
“Saya sentiasa membuka ruang untuk mencabar diri agar saya tidak tertinggal jauh. Setiap teguran yang diterima sepanjang menyertai pertandingan nyanyian, saya akan ambil dari sudut positif,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bayangan Gurauan ini turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang merasakan penglibatan artis senior di program realiti hanya akan menjatuhkan kredibiliti mereka.
“Saya harap dengan kemangan ini, dapat membuka perspektif baru buat rakan-rakan seangkatan saya. Ada diantara mereka yang takut untuk menyertai pertandingan seumpama ini kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh.
“Pada saya, ia bukan satu masalah kerana penyanyi senior seperti kami ini telah pun mencipta sejarah dan jenama yang tersendiri.
“Program-program seperti ini tidak akan menjatuhkan kredibiliti kami kerana lagu-lagu kami sudah bertahta di hati pendengar. Kalau kita tak paksa diri untuk membuat sesuatu, kita akan selamanya selesa,” katanya kepada MH.
Rahmad berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media usai konsert final Terpaling Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, Rahmad turut berkongsi rahsia kejayaan disebalik menerima undian tertinggi daripada peminat sepanjang program ini berlansung.
“Sebagai artis senior, kami ada sedikit kelebihan kerana kami punyai banyak undangan nyanyian berbanding penyanyi-penyanyi baru. Kami sering keluar tv atau hadiri majlis-majlis, disitu ramai yang menonton dah saya promosi habis-habisa .
“Sepanjang lapan minggu ini juga, saya punyai jadual undangan nyanyian yang sangat padat. Sampai Datuk Hattan pun tegur bila saya nak berlatih,” akhirinya.
Terdahulu, Rahmad yang juga merupakan anak didik kepada kapten, Hael Hussaini telah berjaya mengetepikan cabaran daripada tiga finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Pada konser akhir tersebut, Rahmad telah membawakan dua buah lagu iaitu Ku Akui dan Dipenjara Janji.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Amboi! Ramai Mahu ‘Tackle’ Anak Gadis Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah. Cantik & Manis Orangnya…

Ratu dangdut Malaysia, Mas Idayu ada berkongsi gambar bersama anak perempuannya, Nur Dayini Asyiqah,21 baru-baru ini.
Secara tidak langsung, ramai pula yang mahu menjadikan Mas Idayu sebagai ibu mertua.
View this post on InstagramYesterday with @anatisolihah @d4nny.shah
A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001) on
Lalu, pelbagai komen yang telah ditinggalkan oleh netizen.
Menjengah di Instagram Dayini atau mesra disapa Danny Shah yang kini memiliki 150,000 pengikut di media sosial itu.
Malah, remaja berkenaan juga aktif memuat naik gambar bersama ibu tercinta.
View this post on InstagramParking lot tempat fav anak muda zaman sekarang atau dari dulu lagi? ?
A post shared by DannyShah (@d4nny.shah) on
View this post on InstagramIt’s not the feeling of completeness i need, but the feeling of not being empty ☺️
A post shared by DannyShah (@d4nny.shah) on
Untuk rekod, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon, Aman Graseka pada tahun 1997.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka kecundang dan membawa haluan masing-masing pada tahun 2006.
Foto : Instagram Mas Idayu, Danny Shah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI