Berita

Bella Astillah Berbaju Kurung, Hadir Ke Mahkamah Beri Sokongan Moral Buat Syed Saddiq

Share

Kehadiran Bella Astillah ke Mahkamah Rayuan Putrajaya mencuri perhatian ramai, hari ini.

Keberadaan ibu kepada dua cahaya mata itu di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sopan Berbaju Kurung

Bella kelihatan mengenakan baju kurung ketika hadir di perkarangan berkenaan sekitar pada jam 8.40 pagi.

Terdahulu, mahkamah menetapkan Rabu dan Khamis ini bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33, bagi sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH