Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan, dia dan suaminya, Aliff Aziz, 31, menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa telah dihantar oleh seorang wanita.
Menurut Bella, sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya dengan Aliff retak.
“Sebenarnya terlalu berat untuk saya ceritakan. Tapi, menurut kata ustaz yang merawat, itu adalah sihir pemisah rumah tangga. Hubungan saya dengan Aliff juga jadi tak okay disebabkan perkara itu.
“Tapi Alhamdulillah, sudah ada perubahan selepas kami berubat. Saya juga bersyukur sebab Aliff pun terbuka hati untuk ikut berubat sebab ramai pasangan yang terkena perkara sebegini enggan untuk berubah,” katanya.
Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media Family Duo musim terbaharu yang diadakan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Bella mengakui kini telah mula mengurangkan perkongsian tentang keluarga di media sosial.
Ads
“Kami anggap ini ujian dan mungkin teguran untuk saya juga untuk mengurangkan membuat perkongsian di media sosial.
“Di kesempatan ini, saya minta maaf sangat-sangat jika ada mana-mana pihak yang tidak selesa dengan perkongsian saya di media sosial selama ini.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang keluarga di media sosial,”katanya.
Dalam pada itu, Bella juga sempat berkongsi tentang gangguan-gangguan yang dialami mereka sekeluarga dengan antaranya mimpi buruk.
Ads
“Saya pun ada mimpi ular. Tetapi Aliff alami mimpi yang lebih buruk seperti saya bawa balik lelaki dalam rumah dan nampak saya bergaduh dengan lembaga hitam.
“Tetapi, selepas episod hitam itu berakhir, saya dan Aliff kini sedang memperbaiki diri masing-masing. Mungkin ada kekhilafan saya juga.
“Terima kasih kepada Aliff yang sentiasa ada di sisi saya selain sering memberikan sokongan moral. Kami sedar, kami perlu kuat untuk pertahankan rumah tangga kami,” katanya.
Ads
Tambah Bella, Aliff juga telah menasihatkannya untuk tidak cuba mencari dalang yang menghantar sihir tersebut selain mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Ayden Adrean, 5,dan Ara Adreanna, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilihat sedikit sebanyakmemberikan kesan terutamanya buat mereka yang meraih pendapatan secara harian.
Perkara sama turut terlintas difikiran pelakon dan pengacara, Janna Nick yang tertanya-tanya bagaimana mereka yang peroleh pendapatan secara harian ini meneruskan hidup.
Kenyataan tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya.
Bila fikir kan Perintah kawalan pergerakkan ni…macam mana agaknya orang yang selama ni hidup kais pagi makan pagi…? Depa nak makan apa ni 🥺
“Apa barang keperluan yang paling diperlukan setakat ni? Beras? Pampers? Susu anak?,” tambahnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizenbersimpati malah turut memberi pandangan tentang jenis bantuan yang patut diberikan oleh Janna.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April sebagai langkah untuk memutuskan rangkaian COVID-19.
sumber: Twitter Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.” Itu pendirian penyanyi rap juga anggota K-Clique, MK apabila ditanya mengenai fotonya dicium pipi oleh rakan lelaki, kembali diperkatakan.
Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Amdan, 24, sekali lagi hanya menyerahkan kepada umum untuk memberi pandangan masing-masing.
“Terpulang kepada individu untuk ambil apa yang mereka lihat.
“Saya sendiri sudah penat untuk berikan komen. Tiada apa-apa kerana ia bukan satu isu bagi saya,” katanya.
Meminta untuk menghentikan perkara yang boleh menimbulkan fitnah, ini reaksi MK andai ada pihak yang seakan sengaja menyebarkan foto atau video yang boleh memberi pesepsi kurang enak tentang dirinya.
“Kalau rasa ia ‘content’ yang bagus, teruskanlah untuk kongsi. Cuma nasihat saya janganlah sampai perkara dikongsi itu boleh menimbulkan fitnah. Akan makan diri sendiri juga nanti.
“Kalau tidak ada perkara bagus untuk dikata atau dikongsi, lebih baik untuk diam.
”Cuma kalau ada pendapat, boleh lontarkan. Saya tiada masalah,” jelasnya lagi.
MK terdahulu ditemui pada Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam yang diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu.
Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 itu menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terdahulu, berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua diperkatakan ramai menerusi media sosial. Malah perkata tersebut turut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi dan Instagram.
Sementara itu, petang tadi telah diberitakan Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah dibenarkan pulang seterusnya perlu menjalani tempoh berpantang.
Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda turut menzahirkan ucapan terima kasih buat doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran permata hati ketiga.
“Syukur alhamdulillah, he is the best birthday gift. Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula @red_miller_midwife and everyone who was involved.
“I would also like to thank everyone who have prayed for me and my family’s well being. I don’t think I can thank you enough. Lots of love from us,” tulis Che Puan Khaleeda.
Malah, berita sama turut disampaikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, pengguna media sosial turut merakamkan ucapan tahniah buat pasangan diraja berkenaan.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda bernikah pada 2014.
Pasangan ini dikurniakan puteri dan putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail sebelum selamat bersalin putera kedua.
Foto: Instagram Che Puan Khaleeda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!