Pelakon Bella Astillah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat terbitan OrangeTree Production.
Menurut Bella, ia dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, kelmarin.
“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.
“Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama terbabit atas kerjasama yang telah diberikan.
“Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi drama yang bakal ditayangkan menerusi platform penstriman, iQIYI itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies.
Nama Bella menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Mahu Ibu Sendiri Yang Sentuh Baju Nikah Saya,” – Ambil Berkat, Eyra Hazali Dedah Ibu Jahit Baju Nikahnya
Pelakon Eyra Hazali yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol skuad bola sepak pasukan JDT, Haziq Nadzli Jumaat lalu, mengakui sudah pasang niat mahukan ibu sendiri, Qhuzie Johari agar menjahit baju nikahnya apabila tiba hari bersejarah itu.
Kata Eyra kepada MH, majlis nikah adalah satu momen yang tidak akan dilupakan setiap pasangan berkahwin sementelah ia menjadi majlis wajib setiap pasangan mempelai.
“Saya percaya dalam proses perkahwinan itu, nikah yang paling akan dingati. Dari nikah itulah status kita juga akan berubah, dari ‘cik’ kepada ‘puan’. Jadi saya memang mahu ibu sendiri yang sentuh baju nikah saya.
View this post on InstagramA post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
“Untuk nikah, saya impikan sesuatu yang ringkas. Ibu memang dari dulu dia juga yang jahitkan baju raya kami sekeluarga memandangkan ibu seorang tukang jahit.
“Apa-apa memang saya akan harapkannya dan alhamdulillah, baju ini direalisasikan dalam tempoh seminggu sahaja,” kata Eyra jujur.
Sementara itu pada majlis sandingnya yang akan dilangsungkan hari ini, Eyra dan suami bakal mengenakan persalinan rekaan Azura Couture.
Ditanya mengenai fasa perkahwinan yang baru sahaja dilaluinya pada usia muda, bintang Nur 2 ini bersyukur kerana kedua keluarga merestui hubungan yang terjalin.
“Tak sangka hubungan kami sudah pun sampai ke fasa ini dalam usia yang masih muda.
View this post on InstagramAssalamualaikum suamiku 🙈❤️ • 📸 ; @cstproduction @project2pi 💄 ; @anggunbydeanna
A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on
“Apa pun alhamdulillah bila melihat riak wajah ahli keluarga lainnya yang gembira dan beremosi, kami pun rasa syukur kerana mereka restui hubungan kami,” akui Eyra.
Terdahulu, keduanya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini diijabkabulkan di Masjid As-Syakirin KLCC kira-kira jam 9.30 malam.
Keduanya sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Disember tahun lalu.
Foto: Instagram Eyra Hazali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seronoknya Kongsi Cerita! CP Sarimah Ibrahim ‘Throwback’ Pertemuan Sama Paris Hilton
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mengimbau kenangan apabila dia berpeluang untuk bertemu dengan artis antarabangsa, Paris Hilton.
Sarimah yang pernah hit dengan lagu Kini Kau Tiada itu berkongsi pengalaman manis itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“#throwbackthursday @parishilton and i hanging out 2015.. shared loads of stories and had a fabulous chat. She’s a very Smart Business woman. Underestimated and assumed to be something or a certain way- but thats merely what is called Branding,” tulis ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Selain itu, pelakon yang berusia 41 tahun itu turut memberi nasihat yang sangat bermanfaat bersama peminatnya.
“Many people are not who we assume they are based on what they show us. Often- people hide themselves. Out of fear of vulnerability and from previous pain. Or simply as a business tactic. The Only way to really know someone is to Spend time with them.
“That’s whats worrying about people these days. So little face to face and so much online communication. Do we really KNOW each other? Or do we just THINK we do? #parishilton #interview#throwbackthursday #strongwoman#sarimahibrahim #realself#vulnerability,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by C.P Sarimah Ibrahim❤️ (@sarimahibrahim) on
Lantas, kata-kata nasihat yang dikongsi oleh Sarimah turut mendapat pujian daripada peminatnya.
Sarimah Ibrahim mendirikan rumahtangga dengan Tunku Jamie pada 2 April 2015. Tunku Jamie atau Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.
Wow! Bestnya Sarimah dapat bertemu dan meluangkan masa bersama dengan Paris Hilton. Mesti seronok kan?
Foto : Instagram Sarimah Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Lenggong Please Take Note,” – Yatt Hamzah Berdoa Urusan Warga Tua Istimewa Ini Dipercepatkan
Berkongsi petikan artikel Harian Metro yang berkisar seorang warga tua berstatus OKU yang masih menunggu bantuan daripada kerajaan bagi kelangsungan hidup, kongsi Yatt Hamzah, dia berharap agar warga tempatan yang berhampiran kawasan berhampiran dapat membantu.
“Ya Allah KAU permudahkanlah urusan pakcik ini. Semoga ada yg berdekatan dapat membantunya.
“Orang2 Lenggong please take note. Jika ada sesiapa yg tahu update terkini ttg pakcik ni mohon kongsikan di sini ya..
Skrg masa utk kita saling membantu. Dan bersatu. ALLAHUAKBAR!,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Memetik artikel, Ibrahim Shahid yang berusia 80 tahun itu mengesot untuk bergerak dan mendakwa ada menerima bantuan beras dan minyak masak daripada anak didiknya.
Jelasnya seperti yang dipetik, buat masa ini dia menerima bantuan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jiran akan membantu membelikan barang keperluan kerana dia tidak mampu bergerak.
Menurut Ibrahim, sebelum ini dia mencari rezeki sebagai nelayan di Tasik Kota Tampan Air dengan sampan bantuan kerajaan dan pernah mengajar Al-Quran dan Fardhu Ain di rumah dan surau kampung dari tahun 1968 sehingga 1998.
“Saya dapat bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan cukup untuk saya seorang di samping jiran-jiran akan membantu untuk membelikannya.
“Pada usia ini, saya tidak mampu lagi ke sana-sini walaupun dengan menunggang motosikal tayar empat bantuan daripada Baitulmal MAIPk (Majlis Agama Islam Perak) sejak lebih 15 tahun lalu,” katanya yang hidup sebatang kara di rumahnya di di Kampung Pisang, Kota Tampan, Lenggong.
Foto : Instagram Yatt Hamzah & Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI