Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah pun dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada bulan Julai yang lalu.
Bagaimanapun, baru kini di akaun Instagram Bella dia berkongsi video momen-momen indahnya ketika melahirkan putera sulungnya, Ayden Adrean.
Mendengar tangisan Ayden selepas dilahirkan pastinya membuat Bella sangat gembira kerana dia kini sudah memegang status ibu.
Di ruangan kapsyen video yang dikongsi olehnya, dia berkata bahawa dia ingin berkongsi saat indah ini bersama pengikutnya.
“Let me share this video with all of you my dear followers :’) .
“The precious moment captured.
“Despite being unprepared for labor, I am proud and grateful to be able to have experienced one of life’s unforgettable moments surrounded by my family.
“Saya hargai semua ibu-ibu di dunia?especially my mom❤️ #AnugerahAllahswt,” tulis kapsyennya.
Dalam video tersebut terlihat beberapa kali Aliff mengucup dahi isterinya tanda terima kasih kerana telah melahirkan zuriatnya. Terpancar kasih sayangnya sebagai seorang suami ketika itu.
Rata-rata pengikut Bella telah meninggalkan komen bahawa hati mereka sangat terusik menonton video tersebut.
masker_kunyit_ajaib: Menitis airmata bila teringat balik waktu bersalin…☺☺☺
sakurakakashe: Mengalir airmata saya jugak bah haihh,,sedihnya,,happy jugak,@bellaastillah
hafer_jr: Melahirkan adalah saat yg terindah.. I fell u sis.. a precious moment that we will never forget…pray for ur long lasting happiness sis..?
aisyah_ayudia_inara_aziz: Smoga bella sentiasa d lindungi,dberkati ,d beri ketabahan dan sentiasa bahagia hingga ke jannah.insyallah
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan bayi yang telah dikandung selama sembilan bulan.
Oleh itu kita sebagai anak janganlah sekali-kali mengecilkan hati ibu kita kerana pengorbanan yang telah dilakukannya untuk kita tidak akan dapat dibalas sampai bila-bila. Sesungguhnya ibu tiada ganti.
Sumber: Instagram Bella Astillah