Categories: Berita

Bella Astillah Sedia Terima Aliff Aziz,Netizen Beri Reaksi

Share

Memetik laporan Berita Harian, Bella Astillah mengakui hatinya terbuka untuk menerima kembali bekas suami, Aliff Aziz ke dalam hidupnya.

Malah jelasnya lagi, keputusan ini bakal dibincang bersama keluarga dan dia bersama Aliff bakal membuat pengumuman akan perkara ini.

Sebenarnya, sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermusuh… Semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean.

“Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.

“Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai,

” katanya seperti yang dipetik.

Malah jelasnya, dia hanya mahukan yang terbaik untuk Ayden.

Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.

“Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura,” katanya lagi.

Bella turut menjawab isu berkenaan foto merangkul lengan lelaki yang dikongsi di Instagram.

Netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tidak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.

“Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.

“Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, di ruang Instagram Bella, ruangan komen dipenuhi dengan reaksi netizen yang meminta wanita itu berfikir panjang sebelum keputusan di ambil.







Sekadar imbasan, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.

Sumber : Berita Harian & Instagram Bella Astillah

Published by
Noraini Abd Wahab