Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada memuat naik beberapa keping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Terkini, bintang berusia 26 tahun itu kelihatan seolah-olah sudah menukar warna rambut kepada warna ungu.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata menjelaskan foto tersebut hasil kesan suntingan semata-mata.
“Rambut pkp hee kamu suka gambar 1st ka 2nd?
“P/s: Thank you filter tolong kasi warna rambut saya instantly,” tulisnya.
Peminat yang pada awal terkejut, malah ada juga yang meninggalkan reaksi pada ruangan komen.
Sekadar informasi, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah kini sedang hamil anak kedua selepas kembali rujuk bersama bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada Julai lalu.
Sebelum ini, Bella bergelar isteri kepada Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Ayden Adrean, 3 tahun.
Terdahulu, Bella pernah memfailkan perceraian cara baik di mahkamah berhubung kemelut rumah tangga mereka sebelum ini.
Foto: Instagram Bella Astillah