Bella Astillah Tunjuk Video Berpeluk Dengan Aliff Aziz, Netizen Doa; “Moga Dijauhkan Dari Orang Yang Cuba Memisahkan…”

Share

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah baru-baru ini ada memuat naik video di TikTok mengucapkan kata-kata penghargaan buat sang suami, Aliff Aziz yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sepanjang terlibat dalam program realiti, Famili Duo.

Menerusi video tersebut, Bella dilihat meluru ke arah Aliff yang setia menunggu di hadapan pentas sebelum kedua-duanya berpelukan dan Aliff turut mencium dahi isterinya dalam rakaman berkenaan.

“Terima kasih sebab selalu bagi semangat dan menyayangi saya,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

@bellaastillah_94Thank you sebab selalu bagi semangat dan menyayangi saya ❤️♬ Sampai Akhir – Judika

Rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga pasangan itu akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Moga hubungan Aliff dan Bella dilindungi. Moga kalian kekal hingga jannah.

“Semoga dijauhkan daripada orang yang cuba memisahkan keluarga Bella.

“Sebak, semoga kekal bahagia hingga ke syurga kalian berdua.

“Salute dengan Kak Bella, semoga terus kuat.,” komen sebahagian netizen.

Terdahulu, Bella memaklumkan seorang pelakon wanita yang bergandingan dengan suaminya menerusi sebuah drama baru-baru ini mengakui menyukai Aliff.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri itu kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan isu curang bersama beberapa aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah.

Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar