
Menerusi laman media sosial Instagram milik pelakon dan model, Bella Dally ada berkongsi satu rakaman video yang menjadi tanda tanya kepada peminat.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally telah berkongsi kit ujian kehamilan yang menunjukan keputusan positif menerusi rakaman video tersebut.
Lalu, perkongsian bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menjadi persoalan daripada rakan selebriti dan peminat.
Rata-rata peminat menyangka bekas isteri kepada pelakon Nazim Othman itu kini sudah hamil.
Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nazim pada 10 September 2016.
Bagaimanapun, Bella dan Nazim telah sah bercerai dengan talak satu pada 17 Mei 2018.
Selepas itu, bintang berusia 27 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.
Diharapkan apa yang dikongsi oleh Bella ini adalah benar dan merupakan satu berita gembira buat kepada semua peminat.
Video : Instagram Bella Daily
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selagi Orang Tak Tanya, Saya Tidak Akan Beritahu,” – Dakwa Pernah Dilayan Buruk Pelakon Senior, Hariz Hamdan Tak Selesa Dedah Umur Sebenar

Langkah Hariz Hamdan dalam bidang lakonan semakin menyinar selepas menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 apabila wajahnya kini dilihat banyak menghiasi drama tempatan.
Berbekalkan dua tahun pengalaman, Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 20, berkata ada pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tempoh tersebut.
Menceritakan pengalaman pahit yang pernah dilaluinya, Hariz mendakwa dia sebelum ini dia pernah dilayan buruk oleh beberapa pelakon senior hanya kerana umurnya yang masih muda.
“Sebelum ini ada segelintir artis yang layan saya buruk kalau saya dedahkan umur.
“Bila saya masuk set pada hari pertama, saya borak macam biasa dengan dia tapi bila start saya beritahu umur saya, mereka macam kurang berinteraksi dengan saya.
“Boleh kata ibaratnya macam saya tak sama level dengan mereka.
“Benda ini beri kesan pada emosi saya sebagai pelakon sebab kita nak sparring dan kita nak jadi selesa dalam set penggambaran.
“Bila mereka buat macam itu ia sedikit sebanyak beri kesan kepada saya.
“Sebab itu sekarang bila setiap kali saya masuk set sahaja, selagi orang (pelakon lain) tak tanya umur, memang saya tidak akan beritahu. Itu tips saya sekarang,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan terbaharu, Hariz kini sedang sibuk dengan penggambaran filem seram, Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan.
Selain Hariz, filem terbitan AN Universal itu turut dibintangi Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Supayah, Amy Nur Tinie dan Nick Syaf.
Menceritakan pengalamannya, Hariz berkata dia selesa bergandingan dengan nama-nama besar seperti Janna, Sakinah dan Hafreez yang tidak lokek dalam memberikan ilmu lakonan.
“Sebelum ini saya dah banyak kali pegang watak Mr. Charming, takkan asyik nak pegang karakter sama sahaja kan.
“Sebab itu saya ambil watak ini, nak step up dalam karier lakonan saya. Watak saya dalam filem ini memang sangat-sangat lain daripada yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Kalau nak tahu, kena tengok filem ini nanti,” katanya.
Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy (Janna) seorang kurator balai seni, mendapat satu kad jemputan ke perkahwinan Lisa (Jasper), sahabat lamanya dari universiti. Ivy memujuk
tunangnya, Norman (Hafreez) untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan mewah itu dibuat di sebuah banglo jauh di atas bukit kawasan peranginan yang terasing.
Tiba di sana, Norman bertemu dengan rakan sekolahnya Rania (Sakinah), Sofia (Tinie) dan Adam (Nick Syaf).
Merasakan pengunjung lain belum tiba, mereka memutuskan untuk mencari Lisa di dalam banglo. Kejadian ngeri lima sahabat itu bermula apabila mereka menjumpai mayat Lisa
tergantung dalam sebuah bilik.
Dalam keadaan panik mereka cuba ingin mendapatkan bantuan tetapi kesemuanya kereta mereka tidak dapat dihidupkan dan hari mulai gelap.
Mereka terpaksa memutuskan untuk tinggal di dalam banglo tersebut.
Satu demi satu kejadian ngeri berlaku, seorang demi orang mati dalam keadaan ngeri.
Apakah sebenarnya misteri yang menyelubungi kematian Lisa dan lain-lain? Sama-sama nantikan Jemputan Ke Neraka yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hariz Hamdan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunjuk Perkembangan Positif, Ibu Maklum Nad Zainal Akan Dirawat Doktor Buah Pinggang Pula Sebab…

Pelakon Nad Zainal yang kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar KPJ, Ampang Puteri, dilaporkan sudah mula menunjukkan perkembangan positif pada pagi Khamis.
Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada aktres itu kepada Sherry Alhadad yang kemudiannya dikongsikan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah menerusi Insta Story.
“Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terhadap kesan sedikit terjejas.
“Bagaimanpun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad,” tulis Sharifah Shahirah.
Sementara itu, menerusi Instagram miliknya, pengarah Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat turut berkongsikan perkembangan positif Nad yang mana paras oksigennya sudah kembali stabil.
“Alhamdullilah. Update Nanad (Nad) pagi ni semakin positif. Bacaan oksigen dia dah naik balik ke 100. Pendarahan dalam paru paru dia dah berhenti.
“Semalam adalah satu situasi yang cukup mencemaskan buat kami semua rakan rakan Nanad. Cukup kritikal. Tapi ternyata berkat doa semua Alhamdullilah keadaan Nanad semakin stabil pagi ni. Keep praying gais,” tulis Ijat.
Dalam perkongsian itu juga, Ijat turut mengucapkan terima kasih kepada aktor Ungku Ismail Aziz yang sentiasa berhubung rapat dengan doktor dan menyampaikan perkembangan Nad dari masa ke semasa kepada semua pihak.
“And thanks to @ungkuismailaziz yang sentiasa berada di sana from day one Nanad being admitted dari pagi sampai lewat malam.
“Mujur jugak ada Is yang boleh berkomunikasi dengan doktor dan menyampaikan updated info pada kami semua.
“Abam juga seikhlas hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang terhingga pada semua netizen, peminat Nanad, press yang tak putus-putus mendoakan Nanad.
“Abam kembalikan doa yang sama untuk kalian juga. Budi baik kalian hanya Allah yang mampu balas,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal, Sharifah Shahirah, Budak Ijat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Sangat Sayangkan Saya,” – Syukur Hidup Lengkap Sempurna, Tya Arifin Azam Jadi Ibu & Isteri Terbaik

Dikurniakan keluarga bahagia dan perniagaan yang kian kukuh, usahawan Tya Arifin bersyukur kerana menganggap kehidupnya kini sudah sempurna.
Bagaimanapun, Tya masih mahu belajar seterusnya menjadi insan lebih baik sebagai ibu dan isteri kepada suami tercinta.
“Alhamdulillah,saya rasa sangat bersyukur dikurniakan anak sepasang (lelaki dan perempuan) dan sihat.
“Allah sangat sayangkan saya.Segalanya sudah lengkap.
“Jadi, saya terus berdoa untuk jadi ibu yang terbaik kepada anak-anak,isteri yang terbaik untuk Asyraf,usahawan yang terus berjaya untuk membantu keluarga dan orang ramai,” kata Tya kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on
Tya ditemui di mmCineplexes@E-Curve,The Curve,Petaling Jaya pada malam gala filem Misi Operasi X (M.O.X), baru-baru ini.
Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini juga tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam mana-mana drama atau filem buat masa ini.
“Mungkin kalau berlakon,saya tidak galakkan mereka (anak-anak) kerana set pengambaran (shooting) makan masa yang lama,” jelasnya.
Sebaliknya, Tya hanya membenarkan anaknya menerima tawaran sebagai duta sebuah produk sahaja.
“Kalau jadi duta sebuah produk atau iklan, saya okay kerana tempoh masa shooting itu hanya beberapa hari saja.
“Hal ini kerana saya tidak mahu menganggu kegiatan mereka yang masih kecil dan perlukan perhatian keluarga sepenuhnya,” kongsi Tya yang telah berkahwin dengan Ashraf Khalid pada 1 November 2015.
Dalam pada itu, Tya atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Arifin menjelaskan bahawa dia tidak menghalang anak-anaknya untuk terlibat sebagai duta bagi sesebuah produk.
“Ada juga tawaran yang melibatkan Arif dan Azahra untuk muncul dikaca televisyen seperti menjadi duta sesebuah produk.
“Tetapi saya juga melihat kepada jenis produk yamg ditawarkan kepada mereka (anak-anak),” ujarnya.
Dalam perkembangan lain,Tya sebagai peneraju utama dalam filem M.O.X turut gandingan Ebi Kornelis Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.
Foto : Instagram Tya Arifin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI