Pelakon Bella Dally memaklumkan dirinya kini telah memberi keterangan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan akan beri kerjasama penuh selepas didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gara-gara melakukan aktiviti berbasikal sehingga dikatakan merentas negeri, Ahad lalu bersama rakan.
Menurut Bella dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, dia menafikan dakwaan tersebut dan menganggap perkara tersebut hanyalah kekeliruan semata-mata.
“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB yang sedang berkuatkuasa di Selangor ketika ini.
“Untuk makluman, saya telah selesai memberikan keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Ads
“Apa yang berlaku pada Ahad lalu (18 Oktober 2020) saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang,” katanya.
Jelas Bella lagi, posting yang dimuat naik di Instagram pada hari kejadian telah disalah erti segelintir pihak sehingga ada yang mendakwa dia telah berbasikal sehingga ke sempadan negeri Pahang.
“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Wohoo Genting Sempah With…” dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi sempadan antara dua buah negeri.
Ads
“Jika saya ada berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.
“Apapun saya mengambil iktibar atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram saya tempoh hari,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Bella turut mengambil kesempatan tersebut untuk membuat permohonan maaf dan menyifatkan insiden akan menjadi iktibar buat dirinya.
Pendandan rambut terkenal, Bambang Soteto meluahkan rasa terhadap sikap segelintir Instafamous di negara ini yang didakwa gemar mempengaruhi minda anak-anak terhadap beberapa perkara.
Menurut Bambang, sepatutnya pada peringkat awal seperti ini, anak-anak muda seharusnya dididik untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua hal termasuklah aspek pelajaran agar sikap tersebut menjadi kebiasaan apabila meningkat dewasa.
“Terpanggil untuk komen apabila nampak instafamous berbangga dengan result SPM dia. Saya tiada masalah kalau dia nak gagal semua subjek or A1 semua subjek, tapi saya tak okay, bila dia seolah olah mengajak budak-budak untuk menjurus ke arah macam dia.
“Macam ni la, tak kisah la result you macam mana, tapi pesanan yg patut kita sampaikan adalah : ALWAYS DO YOUR BEST tak kisahla masa belajar ke, masa kerja ke, masa dengan family ke, bersukan ke, gym ke, kemas rumah ke.
“Always do your best BUKAN bagi ala kadar je or cukup-cukup makan. Sebab dalam hati, cakap TAKPE aku handsome SPM tak bagus pun takpe ada je awek nak kat aku or worse yet, harapkan orang lain yang tanggung you.
“JANGAN YE. Always HAVE A GOAL or visi. Kalau matlamat korang nak gagal SPM, MEMANG akan gagal la. Masalah dia kat sini, dengan attitude macam ni, korang akan jadi malas kat mana-mana je pun,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Bambang menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Bambang turut mengingatkan orang ramai sikap sambil lewa hanya akan menyusahkan kita di kemudian hari.
“Tu yang bila belajar gagal, bila kerja ponteng or datang lambat, bila berniaga pun ala kadar, selalu komplen dan sebagainya. Sebab dari kecik dah terapkan perangai mcm tu.
“So buat yg terbaik bila belajar. Kalau lepas berikan yang terbaik, still tak dapt straight A, jangan hampa, at least korang tahu korang dah buat yg terbaik.
“Semangat untuk berikan yang terbaik akan buat you jadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Bambang turut dilihat berkongsi keputusan cemerlangnya sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) satu ketika dulu.
“Ni saya tampilkan sekali result SPM saya. Vision nak dpt 10A1. Result dpt 8A1 1A2 1C3. Adakah ini result yg saya nak? Kalau boleh nak semua A tapi adakah saya bangga? Ye. Sangat Bangga. Sebab saya tahu saya bagi yang terbaik pada masa itu.
“Adakah saya jadi doktor ke? (sebab masa tu nak jadi doktor) jadi doktor rambut je tapi happy tak?
“Happy sangat sebab even as a hairdresser pun, saya jadi hairdresser yang terbaik di Malaysia? Adakah saya bongkak? Bukan. Saya confident. Kenapa? Sebab saya tahu, saya akan always berikan yg terbaik dlm apa segi yg saya buat.
“Kalau korang swipe left, I tampilkan sekali surat dari ex boss saya di Vienna Austria, memuji saya sebagai bekas pekerja dia,” akhirinya.
Sumber: Instagram Bambang Soteto
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie mendedahkan dirinya tidak mahu mengambil sebarang tindakan berhubung isu rekaan koleksi topeng mukanya yang didakwa ditiru oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, tindakan saman-menyaman ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini hanya akan membuang masanya sahaja.
Jelas Jovian lagi, dia bukan tidak mahu mempertahankan haknya itu tetapi menyifatkan dia faham mengenai situasi getir yang dialami segelintir pihak ketika ini.
“Daripada I sibuk saman-menyaman musim PKPB ni, baik I kayuh basikal dan fikirkan nak keluarkan produk baru apa untuk Jovianista. Worth my time and energy.
“Isu #JovianMask ditiru dan dijual merata-rata. Bukan taknak fight, tapi mungkin depa pun tgh susah nak cari income.
“Kita letgo aja lah case ni. Rezeki saya InsyaAllah banyak lagi dan luas Allah bagi. Kita redha, and move on! Setuju?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan bapa kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian yang ditampilkan oleh Jovian itu.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai pengguna yang mengadu mengenai ‘pertandingan’ harga Jovian Mask yang dijual oleh Jovian dan beberapa perniaga lain.
Sumber: Instagram Jovian Mandagie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya dapat memeluk erat anak-anak erta isterinya sejurus mereka selamat menjalani 14 hari tempoh kuanratin.
Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagram.
“Alhamdulilah syukur harini saya dapat jugak hantar keluarga saya untuk potong gelang.
“Jujur saya cakap memang terkejut sebab kami tak pernah pergi potong gelang, so ini adalah pengalaman pertama kali dalam hidup saya sekeluarga.
“Kalau korang nak tahu apa yang berlaku. Korang boleh pergi ke channel youtube ShukChannel.
“Video ni lebih panjang dan menarik.#shukChannel,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.
Terdahulu, Rossa dan kedua-dua anaknya dikuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari Sabah awal Oktober lalu.
Video: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!