Pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan pempengaruh, Caprice akhirnya menemui persefahaman apabila ‘berdamai’ sekaligus tidak mahu memanjangkan kemelut yang berlaku di antara mereka.
Caprice menerusi hantaran terkini di media sosial menjelaskan, antara dia dan Bella sudah tiada apa-apa isu berbangkit.
“Bella dan saya ‘cool’. Semuanya sudah selesai,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi paparan panggilan video yang dimuat naik.
Sementara itu, pada hantaran Bella pula, dia turut memuat naik gambar sedang membuat panggilan video bersama Caprice dan isterinya, Farra Inalis.
Semalam wanita didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ kepada penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan Aliff dan Bella.
Dakwa Sarah, meski Caprice mengetahui mengenai hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun dia didakwa seakan berpihak kepada pelakon dan penyanyi asal Singapura itu.
Malah Sarah mendakwa video berkaitan Bella dan pelakon baharu Muaz Zabir yang disebarkan melalui TikTok Edisi Umat juga merupakan hasil suntingan Caprice.
Kemudian Bella dalam hantaran yang diulang siar semula daripada perkongsian Sarah di Instagram Story turut mendakwa Caprice mempunyai kaitan dalam kes penyebaran hubungan membabitkan dirinya dan pelakon, Muaz Zabir.
Bagaimanapun Bella menyifatkan Caprice seolah-olah menjerat lehernya sendiri apabila cuba mempertahankan diri selain mempunyai bukti-bukti mengenai hubungan Bella dan Muaz.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini