
Drama rantaian Budak Tebing pernah mendapat perhatian meluas daripada penonton, selepas disiarkan di slot Lestari, TV3 Mac lalu.
Salah seorang bintang drama tersebut, Bella Dowanna memaklumkan drama yang berkisahkan tentang persahabatan remaja di ibu kota yang mempunyai pelbagai konflik itu bakal menemui penonton untuk musim kedua.
Bella telah berkongsi khabar gembira tersebut dengan berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Twitter miliknya.
“we’re back,” tulisnya ringkas.
we’re back. pic.twitter.com/4MS2hQ2x9M
— りのWム刀刀ム (@belladowanna_) January 8, 2021
Serentak dengan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan perkongsian tersebut.
Selain Bella, drama ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Amyza Aznan, Adam Lee, Eyka Farhana, Aedy Ashraf dan ramai lagi.
Foto: Twitter Bella DowannaP
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Badan Sakit Kita Pun Jadi Malas Dan Tak Terurus,” – Mahu Terus Kuat & Sihat, Shila Amzah Cerita Pengalaman Jadi Ibu

Penyanyi, Shila Amzah ada berkongsi cerita pengalaman menjaga anak selepas selamat bergelar ibu pada 31 Ogos lalu.
Akui Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amzah, dia juga perlu menjadi seorang yang kuat sejurus bergelar ibu.
“Right after I gave birth to seth I realised that I don’t actually want to lose weight anymore, but I want to be stronger.
“I’ve lost my core strength, my breathing placement wasn’t smooth when I sing.
“Sha rasa bila kita jaga anak kan, kita tak kuat, meaning tgn kita takde muscle langsung, agak mencabar la untuk sha sbb seth kan bambam selalu rasa Tulang belakang sakit, tangan sakit.
“Bila dah badan sakit kita pun jadi malas dab tak terurus la,” akuinya.
Malah, Shila berkata tugas sebagai seorang ibu bukan mudah dan menjadi teras utama dalam menguruskan rumah tangga.
“Bila mak mak kat rumah dah give up, hancur pula rumah nanti sbb mak adalah teras yang paling penting dan utama dalam rumah.
“That’s why sha decide after recording I can see your voice tu, sha dah taknak toleh ke belakang. I want to be stronger and healthier,” jelasnya lagi.
Malah, penyanyi Tiada Dirimu ini memaklumkan telah memulakan aktiviti sihat dengan bersenam.
“So after 6 months of #postcsection sha start workout 2 months ago since 15th of march, I felt so much better now! Lepas tu kita tiba2 ada pkp pula kan, sha macam “okay perfect” boleh buat routine baru.
“Banyak la benda yang sha discover pasal diri sha and sha belajar.
“Kalau nak explain apa sha buat kat sini tak habis tulis, should I make a video for it? Shoutout to my workout inspo dari kejauhan @amyleaazizan,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Selepas itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais, pada 31 Ogos yang lalu.
Foto: Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perdana Menteri Bakal Lancar Keluarga Malaysia Di Kuching, Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Antara Yang Tumpang Teruja!

Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober depan disambut baik barisan anak seni.
Barisan penyanyi yang terbabit pada acara itu yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Poova dan Vince menyifatkan ia sebagai sesuatu yang cukup istimewa.
Menurut Dayang, dia cukup teruja apabila dapat membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri, lebih-lebih lagi selepas sekian lama tidak menyanyi pada acara besar.
“Sejujurnya saya teruja dapat terbabit pada acara ini sebab setelah sekian lama tiada program besar. Sekurang-kurangnya dapat buat kemunculan semula.
“Malah, apa yang lebih membanggakan adalah dapat mengadakan persembahan depan Perdana Menteri, menteri dan Ketua Menteri. Selain itu dapat juga saya menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan nafas baru,” katanya.
Sementara itu, Hael Husaini berpendapat, pelancaran itu memberi petanda baik dan perkembangan positif kepada industri hiburan tempatan.
“Pastinya dengan adanya acara sebegini ia dapat merancakkan semula industri hiburan dan penganjuran acara sekali gus memberi peluang artis kembali beraksi di pentas.
“Apa yang menariknya juga, pada acara ihi saya bersama rakan artis lain cukup teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu rasmi Keluarga Malaysia,” katanya.
Juara pertama Akademi Fantasia (AF), Vince pula menyifatkan majlis pelancaran itu dapat memberi manfaat kepada ramai pihak yang terbabit.
Bukan saja kepada penyanyi, pemuzik, tapi juga mereka yang terlibat dalam penganjuran acara.
“Dengan adanya program besar ini memberi Kesan limpahan yang akan memanfaatkan banyak pihak dalam industri hiburan dan industri sokongan.
“Paling penting, semangat Keluarga Malaysia juga dapat diperkukuhkan melalui program hiburan yang membabitkan elemen atau semangat muhibbah,” katanya.
Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung jam 8 malam itu turut disiarkan di beberapa stesen TV tempatan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Nak Hidup Normal Macam Biasa Sebelum Ini…,” – Dedikasi Ucapan Tahniah Ashraf Muslim Buat Datuk Seri Ismail Sabri

Pelakon, Ashraf Muslim merakamkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diatas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 berkuat kuasa hari ini.
Menurut Ashraf, dia berharap agar kepimpinan yang ditakbir oleh Datuk Seri Ismail dapat segera menyelesaikan kemelut pandemik yang sedang melanda negara ketika ini.
Katanya lagi, rakyat juga ketika ini amat mendambakan untuk menjalani kehidupan secara normal.
“Tahniah kepada Dato’ Seri Ismail Sabri. Semoga dapat memimpin dan mengurus rakyat serta negara Malaysia dengan baik.
“Ds, kami nak hidup normal mcm biasa sebelum ini , dah tak nak rakyat Malaysia mati disebabkan covid, bilangan covid makin menurun dan ekonomi negara dan ekonomi rumahtangga kami terjamin dan lebih baik dari sebelum serta pendidikan anak2 kami lebih terjaga,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Aku Bukan Dara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ashraf turut menyeru kepada semua pihak sama-sama mendoakan agar Datuk Seri Ismail dapat memimpin negara dengan baik dan menjadi buat jutaan rakyat Malaysia.
“Itulah harapan saya. Tahniah sekali lagi ds @ismailsabri60 .
“Sama-sama kita doakan kepada Allah semoga PM-9 DS @ismailsabri60 menjadi contoh pemimpin terbaik dalam memimpin negara kita,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut sama menitipkan ucapan tahniah buat Datuk Seri Ismail.
“Hopefully all of us will get back to the normal life soon.
“Alhamdulillah, tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
“Semoga urusan DS Ismail Sabri untuk menjadi pemimpin yang lebih baik macam Tok Abah. Semoga lebih terbaik lagi. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Ahli Parlimen Bera, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan di Istana Negara pada pukul 2.30 petang esok.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI