Pelakon Redza Rosli menafikan khabar angin yang mendakwa isterinya yang juga pelakon Bella Hanna, kini sedang berbadan dua.

Menurut Redza, atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 33, jika berita itu benar, dia tidak akan merahsiakan khabar gembira tersebut.

Mampu ‘Aminkan’ Saja

“Itu semua berita palsu. Memang saya ada nampak berita ini tersebar, tapi ia tidak benar. Saya hanya mampu mengaminkan doa mereka kerana kami memang menginginkan zuriat.

“Jika isteri saya benar-benar hamil, saya pasti akan berkongsi berita itu. Cukuplah perkahwinan kami sebelum ini dirahsiakan, tiba-tiba orang dapat kad jemputan sahaja.

“Bagi saya, apabila tiba waktu yang tepat untuk berkongsi, saya akan maklumkan kepada semua,” katanya, petik Harian Metro.

Ads

Bella Hanna Belum Hamil, Redza Rosli Takkan Rahsia Berita Baik – “Jika Allah Kurniakan, Terimanya Penuh Syukur.”

Bella Hanna Belum Hamil, Redza Rosli Takkan Rahsia Berita Baik – “Jika Allah Kurniakan, Terimanya Penuh Syukur.”

Ads

Redza menambah, dia dan Bella tidak pernah merancang, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki dan ketentuan Allah.

“Saya dan isteri sangat serasi kerana kami suka melakukan sesuatu secara spontan. Contohnya, kalau ingin bercuti, kami tidak suka merancang terlalu awal.

Ads

“Begitu juga dengan rezeki anak, jika Allah mengurniakan, saya pasti menerimanya dengan penuh syukur. Terima saja segala rezeki yang baik,” ujarnya lagi.

Imbas kembali, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI