Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik, tapi dalam masa sama meningkatkan keyakinan diri terutamanya bagi wanita yang bekerjaya.
Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? NONA mendapatkan sudut pandang jurusolek, Bella Park tentang perkara ini. Ini respon yang diberikan.
Bergelar Jurusolek, Pernah Tak Bella Alami Masalah Kulit?
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Ads
Apakah Masalah Utama Kulit Bella?
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jadi memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Cara Bella Tangani Masalah Kulit Breakout?
Bella jadikan rutin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Ads
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Bila Muka Breakout, Boleh Bersolek Ke?
Ads
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semua dari Hijabista
Sejak kebelakangan ini, peningkatan gejala demam terhadap kanak-kanak sememangnya merisaukan para ibu bapa.
Memetik laporan Kosmo Online, kebanyakkan wad-wad di hospital juga kini dikhabarkan penuh berikutan peningkatan kes influenza yang ketara di beberapa buah negeri di Malaysia.
Kebimbangan ini turut disuarakan oleh pelakon, Mia Ahmad.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, pembelajaran anaknya dikhabarkan sedikit terganggu kerana terpaksa kerap bercuti berikutakan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.
“Demam bersilih ganti anak-anak pun. Seminggu sekolah lepastu sakit, tak pergi sekolah pula,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi menerusi sebuah hantaran di Instagram stories.
Malah, dia juga terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah meskipun dalam keadaan yang demam.
Katanya lagi, sikap mengambil mudah ini mampu memudaratkan anak-anak lain.
“Tengok ibu bapa hantar anak-anak hingus dah hijau pun pergi sekolah. Tolong kesiankan anak-anak yang lain.
“Jangan sebab tiada pilihan nak pergi kerja kena hantar juga. Kita sentiasa ada pilihan,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar para ibu bapa dapat lebih peka dan tidak mementingkan diri sendiri lebih-lebih lagi bila melibatkan isu mengenai kesihatan anak-anak.
Sekadar informasi, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 4 tahun dan Iris yang kini baru berusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia sudah pun menyelesaikan isu perselisihan faham yang berlaku di antaranya bersama rakan pelakon, Datuk Aaron Aziz.