Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang sudah pun sah berpisah talak satu buat kali kedua dengan bintang Singapura, Aliff Aziz hari ini memberikan luahan mengenai situasi yang berlaku.
Bella Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukanlah satu kesilapan akan tetapi pilihan.
“Saya selalu mengimpikan rumah tangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.
“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.
“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.
Ads
“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.
“Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan rakan industri, media dan semua followers yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberikan ‘ucapan’ kepada rakan artis, Ruhainies yang sebelum ini menjadi antara nama yang terpalit di dalam isu rumah tangga mereka.
Ads
“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.
“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu pada jam 1.11petang di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Ads
Untuk rekod Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup selepas didakwa berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti yang sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Bukan sahaja menimbulkan rasa di kalangan orang ramai, golongan selebriti yang bekerja turut memberikan reaksi.
Penyampai radio, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan misalnya, meluahkan rasa berhubung perkara tersebut selepas berdepan kesesakan jalan raya yang teruk, pagi Isnin.
Feeya ada berkongsi situasi yang dialami ketika mahu ke pejabat.
“Dah dekat tol Damansara pukul 9. Kereta dah padat, sebab keluar masuk tol ni ada roadblock.
“Bukak waze, dia ckp 9.50 kau baru sampai. Sedangkan opis cikpiah depan tu je. Haih.
“Tolonglah bagi kesabaran yg tinggi utk aku hadap jem mcm ni hari-hari. Kalau ada pkp, aku fed up!,” tulisnya.
Pelakon, Ozlynn mengakui hubungan anak bersama suaminya, Johan sangat akrab dan mesra berbanding dengan dirinya.
Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan anak yang bersikap penyayang terhadap bapanya.
“Bila mama work.. sume rebutkan papa.. smp kaki papa pon dorg rebut.. harap pandai jaga diri smp besar.. rapat adik bradik mcm ni smp mama n papa mata dh pejam..
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini turut menyimpan Hasrat untuk menambah cahaya mata.
“nak tambah lagi rasa mcm nk pitam lak bila balik tgk umah mcm tongkang pecah xpe.. insyaAllah papa n mama akan didik n bimbing smp bila2 ok. Sb basic dh ada.. insyaAllah berjaya anak2 Hanania mama n papa,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memberi pujian cara ibu kepada 5 orang cahaya mata itu dalam mendidik anak.
Komen
Komen
Komen
Sekadar informasi, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pelawak Johan pada Julai 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania,Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
Foto: Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tidak menyangka apabila dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikatnya, Mika Series.
Kejutan tersebut diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36, hari ini.
Jelas Zoey, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan hadiah tersebut adalah rezeki buat dirinya.
“Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.
“Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.
“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan,” katanya.
Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.
“Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,” katanya.
Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!