Menyedari atas beberapa kekangan atas situasi semasa yang berlaku ketika ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia hanya boleh menganjurkan majlis aqiqah buat anak bongsu, baru-baru ini.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, telah berkongsi momen saat mengadakan majlis aqiqah Aisha Amaira.
Fasha bagaimanapun menjelaskan, dia memberitahu tidak dapat mengadakan majlis cukur jambul berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.
“Kisah hari ni Aqiqah for baby Aisha, semoga menjadi anak yang solehah sayang.
“Belum dapat buat majlis cukur jambul due to PKP.
“We love you Aisha Amaira #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Ezad Lazim Telah Pergi Dijemput Ilahi Sebentar Tadi
Penyanyi Ezad Lazim memaklumkan, bapanya, telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam petang tadi.
Berita menduka citakan itu disampaikannya menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on
“Abah saya, Mohamad Lazim bin Ismail kembali ke Rahmatullah tepat jam 7.25 malam. Mohon sedekahkan al-Fatihah,” tulis Ezad.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Lalu menerusi ruangan kapsyen, peminat serta rakan selebriti turut menitipkan ucapan takziah serta doa buat Allahyarham.
Terdahulu pada awal Mei lalu, Ezad turut berkongsi mengenai status kesihatan bapanya yang kurang memuaskan.
View this post on InstagramA post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on
Arwah bapanya merupakan seorang pemuzik yang pernah bermain muzik bersama kumpulan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah dalam genre ghazal parti.
Salam takziah buat Ezad sekeluarga dan semoga rah arwah di tempat di kalangan mereka yang beriman.
Foto: Instagram Ezad Lazim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jurufoto Baju Hijau Lari Sama Laju Dengan ‘Speedy Jantan’
Semalam sekali lagi negara kita, Malaysia telah menambah satu lagi koleksi pingat emas bersempena Sukan Sea 2017 yang sedang berlangsung sekarang ini menerusi acara olahraga 100 meter.
Tahniah diucapkan buat jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan kerana telah meraih pingat emas dalam acara tersebut.
Namun apa yang menjadi perhatian netizen selain kemenangan yang diraih oleh Khairul atau gelarannya Speedy Jantan ialah seorang jurufoto berbaju hijau yang cuba mengejar untuk mengambil gambarnya bersama jalur gemilang yang dibawa lari di hadapan penyokong yang hadir di stadium.
Kelihatan jurugambar tersebut turut berlari sama laju dengan Speedy Jantan berusaha menangkap gambarnya.
Sungguh gigih apa yang dilakukan oleh jurufoto tersebut bagi melaksanakan kerjanya sebagai jurufoto.
Menerusi perkongsian video yang merakamkan saat jurufoto mengejar Speedy Jantan di akaun Twitter milik seorang pengguna bernama Hafiz Wahid, ramai yang memberikan komen balas terhadap video tersebut yang tertarik dengan larian jurufoto yang lebih pantas daripada Speedy Jantan.
Tahniah The Speedy Jantan. Tapi yang geli hati tgk jurukamera baju hijau tu. Dengan spec hitam lagi ??? pic.twitter.com/cteFkenSTW
— Hafiz Wahid 〽 (@apizwahid) August 22, 2017
Menurut sumber Bernama, jurufoto tersebut bernama Ahmad Iskandar Kamaruzaman.
“Masa saya lari tu saya tak boleh fikir dah barang jatuh ke, handphone jatuh ke, sebab masa tu saya cuma fikir saya tak boleh terlepas setiap momen yang Khairul Hafiz Jantan buat. Dari berlari, melompat, sujud semua saya cuba pastikan saya tak akan tertinggal. Sebab ini merupakan tanggungjawab yang diberi untuk saya.
“Saya dan rakan-rakan yang bertugas di Sukan SEA 2017 cuba bagi yang terbaik agar kita dapat merakam detik-detik hebat negara,” katanya kepada BERNAMA.
Bagus sekali sikap Iskandar yang sangat tekun berkerja sehingga sanggup berlari mengejar raja pecut negara untuk mendapatkan gambar yang terbaik.
Sumber: Twitter Hafiz Wahid & Bernama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Kali Pertama Menjadi Mangsa Fitnah Tetapi Kali Ini Berbeza, Menyinggung Perasaan…,” – FattZura
Pelakon dan Hero Remaja, Fattah Amin tersinggung apabila ada pihak dikatakan telah membuat teguran terbuka terhadap dia dan isterinya, Fazura tanpa usul periksa.
Fattah juga telah meluahkan rasa kekecewaannya itu di akaun Instagram.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, kami bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada kami berdua, khasnya selepas mendirikan rumahtangga setahun yang lalu..
“Kami anggap ramai yang sudah sedia maklum dengan fitnah yang mula tular sejak semalam khususnya di media sosial..
“Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya,”tulis Fattah.
View this post on InstagramA post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa Itu juga meminta agar pihak berkenaan menghubunginya terlebih dahulu, sebelum membuat teguran tanpa usul periksa.
“Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami?…
“Kami doakan agar “pendakwah” tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat ramai ilmuan Islam lain yang kami kagumi dan wajar contohi..
Bagaimanapun, Fattah juga bersyukur kerana masih ramai yang memberi sokongan buat pasangan selebriti itu.
“Kami bersyukur kerana ramai yang telah tampil menyanggah fitnah tersebut serta saksi acara yang menyatakan perkara sebenar melalui pelbagai saluran…
“Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan menegakkan kebenaran bagi pihak kami dalam pelbagai cara..
“Kami berbangga dengan rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam yang semakin matang dalam membuat penilaian, mampu membezakan perkara yang benar dan salah, bahkan menyatakan pandangan tinggi mereka terhadap Islam tidak dijejaskan keghairahan populis serta tidak bertanggungjawab segelintir pihak.,
“Inilah antara nikmat yang akan sentiasa kami syukuri kerana dikelilingi oleh mereka yang penyayang dan sering mengambil berat tentang kami…
“Terima kasih. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 6)…,” tulis Fattah panjang lebar dan posting sama turut dikongsikan Fazura.
Foto : Instagram Fattah Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI