Menyedari atas beberapa kekangan atas situasi semasa yang berlaku ketika ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia hanya boleh menganjurkan majlis aqiqah buat anak bongsu, baru-baru ini.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, telah berkongsi momen saat mengadakan majlis aqiqah Aisha Amaira.
Fasha bagaimanapun menjelaskan, dia memberitahu tidak dapat mengadakan majlis cukur jambul berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.
“Kisah hari ni Aqiqah for baby Aisha, semoga menjadi anak yang solehah sayang.
“Belum dapat buat majlis cukur jambul due to PKP.
“We love you Aisha Amaira #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha