Dikecam gara-gara perkongsian terbaru yang merakamkan dirinya dan anak menunjukkan dia dan anak, Maryam sedang beriadah.
Malah, penampilan Mawar Karim juga dikatakan seperti tidak menghormati tempoh iddah sementelah baru sahaja diceraikan minggu lepas.
Ulas netizen menerusi ruang komen, wanita yang baru diceraikan tidak sepatutnya mengenakan solekan dan tidak dibenarkan keluar daripada rumah selama tiga bulan.
Pendapat itu bagaimanapun dibidas dan ada menegaskan pandangan itu salah sama sekali dan hanya akan mengelirukan pembaca lainnya.
Ulas netizen yang dikenali sebagai bellemaisonbelle, iddah untuk wanita bercerai hidup tidak sama dengan bercerai mati.
Malah solekan juga dituntut untuk menimbulkan keinginan suami untuk rujuk semula.
Ads
“Iddah utk yg bercerai hidup hanya perlu minta izin x-suami utk keluar, x sama dgn yg kematian suami ye, yg tu baru kena berkabung … bersolek juga dituntut supaya suami ada keinginan utk rujuk semula dgn isteri dlm tempoh iddah.
“Harap kami dpt berita baik dlm tempoh iddah ni,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Ads
Pendapat ini dipersetujui oleh netizen yang lain.
Mawar dan bekas suami, pelakon Fizo Omar berpisah secara baik pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Foto : Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu tidak menafikan ada menerima tawaran kurniaan bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri baru-baru ini.
Bagaimanapun, suami kepada penyanyi, Sarah Rissuddin itu masih belum membuat keputusan sama ada untuk menerima pangkat tersebut atau sebaliknya.
“Kalau nak ceritakan mengenai pangkat ‘Datuk’ ni, saya tinggal cakap ‘ya’ saja. Sebab memang ada tawaran dari sebuah negeri.
“Saya ada bertanya dengan ramai orang mengenai tawaran yang ditawarkan. Masih dalam pertimbangan.
“Saya dengar semua pendapat. Misalnya ada juga yang kata berapa sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio.
“Akan tetapi, apabila melihat dari segi perniagaan, ia dilihat macam perlu,” jelasnya jujur.
Meski ada yang memberikan pandangan bahawa dirinya sudah ada kriteria yang cukup untuk ‘menggalas’ pangkat tersebut, namun Shuib juga tidak menafikan akan kepentingan status tersebut di dalam sesetengah perkara.
“Bagi saya, rasa agak janggal apabila menghadiri mesyuarat bersama usahawan yang ada pelbagai pangkat dari Datuk sehinggalah kepada Tan Sri.
“Tapi tak tahulah kalau sudah ada ‘title’ tu, dah rasa setara dengan mereka kot.
“Buat masa ni, saya sendiri tak tahu nak cakap atau sahkan. Okay ke kalau Datuk Shuib?,” tanyanya.
Terdahulu, Shuib ditemui pada majlis pelancaran cawangan terbaharu Bubble Bee di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis kendalian rakan artis, Sharnaaz Ahmad.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida pada Jumaat ada berkongsi mengenai rekod pada 25 Mei lalu berkaitan kes harian jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.
Menerusi carta yang dikongsi, Malaysia menduduki senarai teratas diikuti Peranchis dan India.
“PERLU KE JADI JUARA DUNIA CARA GINI?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta emoji, seolah-olah memberikan gambaran kecewa terhadap situasi yang berlaku.
Meninjau ke rungan komen, warga net turut sama berkongsi rasa sedih dan bimbang, selain ada yang mengharapkan agar perlaksaan ‘total lockdown’ mampu memberi impak positif bagi mengekang jangkitan wabak berkenaan terus meninggi.
Setakat Jumaat, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.
Terbaru pada Jumaat malam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 depan.
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, ia antara lain menjelaskan sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan yang dibuat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Datin Alyah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya menjalani pembedahan bariatrik demi melancarkan proses hamil melalui rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF).
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Alyah Abu Hasan, dia melakukan prosedur tersebut demi kebaikkan kesihatan tubuh badannya.
“Saya buat bariatrik bukanlah kerana nak jalani IVF sebaliknya, disebabkan gastrik yang berpanjangan. Saya pernah cuba ubat kurus, diet dan bersenam. Saya dah ikhtiar cara-cara yang ada.
“Bila saya makan ubat kurus, saya masuk hospital sebab kurang air dalam badan. Bila bersenam, kaki saya selalu cedera sehingga terpaksa solat atas kerusi. Bila diet, saya kena gastrik sampai masuk hospital lagi
“Saya keluar masuk hospital tapi tak pernah bagitahu orang. Saya hidap gastrik dah lama.
“Sebagai penyanyi, kita aktif pada waktu malam. Kita bekerja dan makan. Jadi, kehidupan itu tak sihat untuk jangka masa panjang,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang Itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Kempen ‘Lose To Win’ baru-baru ini.
Jelas Alyah lagi, dia kini lebih matang dan percaya dengan perancangan Allah bila melibatkan soal zuriat.
“Sesiapa yang rapat dengan saya, mereka tahu yang saya ini sukar untuk mengawal kemarahan satu ketika dahulu. Kalau ada apa-apa isu, saya akan dedahkan kepada umum.
“Kemudian, saya banyak belajar daripada orang bijak pandai tentang agama. Bagaimana saya nak tolong diri untuk berhadapan ujian berat dalam hidup.
“Jadi, saya tahu segala berlaku adalah dengan kehendak Allah. Dahulu, saya terlalu stres bila orang tanya tentang anak.
“Saya ada 12 adik beradik. Kakak-kakak saya semua boleh mengandung. Perkara ini terlalu peribadi untuk saya. Hanya saya tahu perasaannya. Allah adalah sebaik-baik perancang,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Alyah menyifatkan setiap perkara yang berlaku di dalam hidupnya mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Soal anak ini, saya serahkan kepada Allah. Bila saya tahu hanya Allah yang ada jawapan, saya lebih lega tak rasa beban.
“Saya ada dengar ceramah agama. Dapat anak itu rezeki. Tak dapat anak pun rezeki. Bila fikir balik, memang betul pun. Abang saya sudah meninggal, saya ada anak sedara yang perlu dijaga.
“Kalau saya ada anak, susah nak bagi perhatian kepada mereka. Perancangan Allah sangat baik. Saya dan Tok Ram seronok je begini,” akhirinya.
Terdahulu, kempen ‘Lose To Win’ ini merupakan sebuah program anjuran
Persatuan Sukan, Rekrasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL).
Menerusi kempen ini, Su.Re Sihat KL mahu mengumpul dana bagi membantu 20 individu berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani program pengurusan obesiti.
Malah, program ini turut merangkumi pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar saluran gastro usus atas dan bariatrik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!