Dikecam gara-gara perkongsian terbaru yang merakamkan dirinya dan anak menunjukkan dia dan anak, Maryam sedang beriadah.
Malah, penampilan Mawar Karim juga dikatakan seperti tidak menghormati tempoh iddah sementelah baru sahaja diceraikan minggu lepas.
Ulas netizen menerusi ruang komen, wanita yang baru diceraikan tidak sepatutnya mengenakan solekan dan tidak dibenarkan keluar daripada rumah selama tiga bulan.
Pendapat itu bagaimanapun dibidas dan ada menegaskan pandangan itu salah sama sekali dan hanya akan mengelirukan pembaca lainnya.
Ulas netizen yang dikenali sebagai bellemaisonbelle, iddah untuk wanita bercerai hidup tidak sama dengan bercerai mati.
Malah solekan juga dituntut untuk menimbulkan keinginan suami untuk rujuk semula.
“Iddah utk yg bercerai hidup hanya perlu minta izin x-suami utk keluar, x sama dgn yg kematian suami ye, yg tu baru kena berkabung … bersolek juga dituntut supaya suami ada keinginan utk rujuk semula dgn isteri dlm tempoh iddah.
“Harap kami dpt berita baik dlm tempoh iddah ni,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Pendapat ini dipersetujui oleh netizen yang lain.
Mawar dan bekas suami, pelakon Fizo Omar berpisah secara baik pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Foto : Instagram Mawar Karim