Gara-Gara berkongsi foto pegang perut Isteri di media sosial yang dirakam secara kandid disalah tafsir peminat konon isterinya, pelakon Mona Allen sedang hamil, Pekin Ibrahim menjelaskan isterinya itu belum berbadan dua seperti yang disangka ramai.
Memetik laporan mStar Online, aktor berusia 38 tahun itu bagaimanapun turut meminta peminat agar mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata.
“Belum, belum hamil lagi. Minta doakan yang baik-baik. Kami baru sahaja balik Malaysia,” katanya ringkas seperti yang dipetik.
Minggu lalu, entri yang dimuat naik Pekin di Instagram itu mendapat reaksi ramai malah para selebriti turut mengucapkan tahniah andai benar isterinya itu kini sedang hamil. menjadi tanda.
Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim dan Mona Allen mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 lalu dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.
Perkongsian foto tersebut sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Pekin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nak Bergurau Tapi Tak Pandai,” – Anggap Isu Farisha Iris ‘Sentap’ Selesai, Azzam Sham Nekad Perbaiki Diri
Selepas terpalit dengan isu gurauan kasar bersama penyanyi, Farisha Iris, Juara Big Stage 2020, Azzam Sham berharap agar ia tidak lagi diperbesarkan.
Menurut Azzam, dia akui akan kesilapannya itu dan telah pun membuat permohonan maaf secara peribadi bersama penyanyi berkenaan.
“Secara jujurnya saya bukan jenis yang cepat melatah. Bila saya tahu mengenai perkara tersebut, saya siasat dahulu kenapa boleh jadi sampai macam ni.
“Jadi, saya sebagai abang kepada dia, saya minta maaf secara personal. Saya tak mahu perkara ini diperbesarkan sebab itu saya tak bagi apa-apa kenyataan.
“Saya rasa perkara ini kecil dan boleh diselesaikan secara personal. Saya terus Whatsapp dia dan dia pun dah terangkan yang dia juga salah faham. Jadi isu diantara kami ni dah selesai dah,” katanya kepada MH.
Jelas Azzam lagi, salah faham diantara mereka adalah perkara biasa kerana dia juga telah menyifatkan Farisha seperti adik sendiri dan telah pun berkawan sejak kecil.
“Saya dengan dia memang okay je tiada apa nak disentapkan. Saya dari kecil dah kawan dengan dia. Bila dia terasa tu bagi saya benda tu dah biasa.
“Cuma dia dah terkeluar statement tu bukan terus direct kepada saya.
“Bagi saya, saya yang salah dalam hal ni. Saya tak bagi statement yang betul. Tapi kalau tengok video tu dari awal, saya bercerita mengenai soal netizen bukan saya yang keluarkan statement tu. Di situ mungkin berlaku salah faham,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu turut nekad untuk memperbaiki diri terutama bila berhadapan dengan pihak media mahu pun di kaca televisyen.
“Silap saya mungkin sebab saya selalu cakap tak jelas. Itu antara kelemahan diri saya.
“Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati selepas ini sebab saya tak pernah terlibat dalam isu sebegini sebelum ini. Bila isu ini jadi besar saya terima dengan hati yang terbuka.
“Saya akan perbaiki kelemahan saya bila berhadapan dengan media atau di kaca tv. Bagi saya itu semua proses untuk saya belajar.
“Sejujurnya saya ni nak bergurau tapi saya tak pandai untuk bergurau,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebagai Ibu, Tentu Akan Faham Betapa Azab, Derita…,” – Hina Kematian Dua Anak ‘Rentung’, Vida Tuntut Azwan Ali Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Jika Tidak?
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali menerusi satu sidang media tergempar yang diadakan pada Isnin di Kuala Lumpur.
Tindakan tersebut diambil Vida mendakwa selepas pengacara itu menghina kematian dua anaknya dalam kejadian kebakaran beberapa tahun lalu.
Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’ anaknya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin secara terbuka dengan kata-kata kesat sehingga mengganggu emosi dan dianggap sebagai perbuatan yang cukup tidak sensitif.
Vida atau Hasmiza Othman turut menjelaskan perbuatan Azwan berkongsi sepotong video sedang membakar minyak wangi dan selendang pemberiannya merupakan satu penghinaan dan tindakan biadap.
“Sebagai seorang ibu tentu akan faham betapa azab, derita dan kecewa apabila berlaku begini. Saya kena cekal tetapi dia menghina arwah anak saya dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Apabila dia berbuat begitu, memang satu kebiadapan yang luar biasa. Bukan sekali tapi berkali-kali dia memuat naik benda yang sama. Akhirnya saya kena ambil tindakan kepada mereka yang kurang ajar begini, tidak berperikemanusiaan dan tidak merasa sakit kehilangan orang tersayang itu bagaimana.
“Saya menangis sehingga darah tinggi, murung dan tertekan namun mujurlah saya tetap tenang.
“Saya kemukakan saman malu terhadap Azwan kerana dia telah menyentuh isu sensitif yang berkaitan dengan fizikal anak saya Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri.
“Walaupun keadaan fizikal anak saya sebegitu sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain,” jelasnya ketika sidang media.
Menurut Vida, pihaknya tidak menjemput Azwan Ali ke karnival berkenaan dan sebaliknya dia hadir atas jemputan Roslan Shah.
Menurut tuntutan saman malu berkenaan, Azwan Ali diminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala penghinaan terhadap DSV dan anak-anaknya dalam masa 48 jam di media sosial serta menandatangani perjanjian untuk menarik kembali kenyataan dan video yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Buat Anak, Lepas Tu Kau Sakit…,” – Bakal Timang Zuriat Pada Usia 55, Awie Fokus Jaga Kesihatan
Bakal menimang cahaya mata pada usia 55 tahun, penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie menegaskan tahap kesihatannya kini menjadi keutamaan agar dia dapat menjaga keluarga dengan baik.
Lantaran itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menasihati para suami yang sudah berusia untuk membuat persediaan dari segi kesihatan sekiranya mereka berhasrat untuk menimang cahata mata.
“Saya pernah bercakap dengan isteri, saya akan menjaga badan dan sentiasa memastikan diri sihat. Kalau tidak, bila hantar anak ke sekolah nanti, kawan-kawan dia ingat saya atuk dia pula.
“Ini merupakan satu cabaran buat individu yang sudah berusia bila mereka dikurniakan cahaya mata baharu.
“Jangan pula kau buat anak, selepas itu kau sakit. Kesian pada isteri dan anak itu. Tuhan beri saya cabaran untuk membesarkan anak ini dengan sihat dan baik.
“Kalau kita buat anak tanpa perancangan, pada saya, itu berdosa. Ibarat menganiaya isteri,” katanya kepada MH.
Awie berkata sedemikian ketika ditemui media pada sesi latihan kumpulan Wings bersempena Konsert Wings The Rock Emperor pada Selasa.
Ditanya mengenai reaksi anak-anaknya yang lain bila dimaklumkan mereka bakal dikurniakan seorang lagi adik, Awie memberitahu, mereka menerimanya dengan hati terbuka.
“Anak-anak ingat saya bakal sambut menantu. Rupa-rupanya bakal menimang cahaya mata. Anak-anak saya reda sahaja. Lagipun, bersama isteri saya ketika ini, kami baru punyai seorang anak.
“Dia juga ada bagitahu anak-anak lain, kalau boleh, dia mahukan seorang anak perempuan. Biar berpasangan. Kita doakanlah agar kandungan ini merupakan anak perempuan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Awie turut mendedahkan perasaan bergelar bapa pada usia sekarang amat berbeza jika dibandingkan ketika usianya masih muda.
“Sakarang, saya lebih perihatin terhadap anak-anak. Ketika umur 30-an dulu, perangai tak senonoh sikit. Masa itu, saya muda dan tak begitu melihat tentang keluarga.
“Ketika ini, saya tak boleh kalau tak tengok anak. Berpisah tiga atau empat hari pun boleh meleleh air mata. Saya lebih fokus.
“Dulu pergi penggambaran sebulan pun tak kisah. Macam tiada anak. Itu bezanya ketika zaman muda dan bila meningkat usia,” akhirinya.
Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.
Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.
Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI