Gara-Gara berkongsi foto pegang perut Isteri di media sosial yang dirakam secara kandid disalah tafsir peminat konon isterinya, pelakon Mona Allen sedang hamil, Pekin Ibrahim menjelaskan isterinya itu belum berbadan dua seperti yang disangka ramai.

Memetik laporan mStar Online, aktor berusia 38 tahun itu bagaimanapun turut meminta peminat agar mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Belum, belum hamil lagi. Minta doakan yang baik-baik. Kami baru sahaja balik Malaysia,” katanya ringkas seperti yang dipetik.

IKLAN

Minggu lalu, entri yang dimuat naik Pekin di Instagram itu mendapat reaksi ramai malah para selebriti turut mengucapkan tahniah andai benar isterinya itu kini sedang hamil.  menjadi tanda.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim dan Mona Allen mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 lalu dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

IKLAN
View this post on Instagram

caption this ?

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

IKLAN

Perkongsian foto tersebut sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

Foto: Instagram Pekin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI