Berkongsi gambar percutian ke Amsterdam baru-baru ini, Datuk Zhafran Md Yusof ada mengimbau detik-detik pertemuan dengan isteri, Datin Fouziah Gous.
Lebih menarik, bapa kepada dua cahaya mata itu membuka rahsia, membayangkan isterinya itu terlebih dahulu memikatnya!
Usik Zhaf lagi, walaupun perkara tersebut tidak masuk akal, namun dia bersyukur atas ikatan yang dibina bersama kekal harmoni.
“Wifey…wifey ingat lagi tak bibit terdetik nya per cintaan kita ber mula …???
“Wifey “ngorat” kita dulu kan …??? Agak agaknya,apakah perbualan kami ..??? .Bila suami isteri “re-call” balik kisah zaman bercinta dulu ,you all rasa banyak tak benda “tak logic” pernah buat…??? #ZhafouAmsterdam #SharewithZF #syukurlah #FGGTakesAmsterdam @fouziahgous #inshaAllahKeJannah #BercintaKeranaAllahSWT.”
Memberi respon akan kenyataan tersebut, tegas wanita jelita ini dalam seumur hidupnya, dia tidak pernah memikat lelaki.
“Belum lagi dalam sejarah hidup I, I yg ngorat! Im toooooo expensive.”
Namun ada sahaja balasan si suami.
“That’s why you married to me…first one you ngorat.”
“Mmmmmm ok lah ok lahhhh I ngorat u! #layankanje #suami”
Alaaa, sweet sangat pasangan ini.
Foto : Instagram Zhaf Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zamarul Hisham ‘Steady’, Masih Pegang Watak Hero Pada Usia 51 Tahun; “Mungkin Bakat Saya Masih Lagi Diperlukan.”
Meski sudah menginjak usia separuh abad, pelakon Zamarul Hisham bersyukur kerana namanya masih lagi menjadi antara pilihan pengarah untuk membawakan watak utama.
Menurut Zamarul, sebagai pelakon, dia tidak pernah mengambil mudah dalam setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan.
“Sejujurnya saya akui memang agak mencabar untuk membawakan watak utama pada usia 51 tahun. Ada kalanya, saya terfikir yang diri ini dah berumur sangat.
“Bagaimanapun, bila diberikan peluang seperti ini, saya bersyukur kerana Allah masih memberi rezeki dan pihak stesen TV pun masih memberi peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya.
“Jadi, saya tak rasa peluang ini seperti ‘makanan’ atau kerja mudah tapi saya anggap ia sebagai tanggungjawab yang besar.
“Umur hanyalah sekadar angka. Mungkin bakat saya masih lagi diperlukan. Selagi diberikan kepercayaan, saya akan sentiasa berikan yang terbaik. Segalanya dengan bantuan dan izin Allah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peluang seperti ini bukanlah tiket untuk membangga diri, sebaliknya ia merupakan cabaran untuk sentiasa memberikan yang terbaik.
“Dalam drama ini, saya akur dengan karakter yang dituntut pengarah. Saya bukan nak menunjukkan diri ini sebagai pelakon ‘otai’ cuma mungkin ketekunan dan kesungguhan saya dalam menghayati skrip serta watak membuatkan saya relavan.
“Daripada dulu lagi saya dah amalkan untuk sentiasa buat yang terbaik. Bila dapat skrip, saya bukan orang yang sambil lewa.
“Kalau skrip itu baik, saya akan improvised jadi lagi baik. Saya juga ikhlas ketika bekerja kerana saya berkerja untuk isteri dan anak-anak.
“Mungkin ini juga antara yang boleh dicontohi oleh para pelakon baru. Pelakon lama dan baru bagi saya sama sahaja. Yang membezakan hanyalah pengalaman,” kongsinya lagi.
Zamarul berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media drama Aku Tanpa Cintamu pada Selasa.
Pada masa sama, suami kepada pelakon dan penyanyi, Diana Rafar ini juga sempat menitipkan nasihat buat para pelakon baru.
“Kedatangan mereka ini amat dialu-alukan sebab mereka yang akan memeriahkan industri kita. Takkanlah kita nak tengok muka sama sahaja.
“Perbezaan diantara pelakon lama dan baru mungkin kami ini sudah dididik supaya menghargai tanggungjawab dan bidang yang kita pilih. Kita kena sayang pekerjaan ini dan buat kerana Allah.
“Ikhlas juga penting dan bukan hanya sekadar mengejar glamour dan nama. Nasihat saya, bila orang dah suka dengan lakonan kita, jangan sesekali lupa asal usul,” ujarnya lagi.
Menerusi drama Aku Tanpa Cintamu ini, Zamarul membawakan watak Adam yang juga merupakan pengarah terkenal yang terjatuh hati kepada Nuha yang dilakonkan oleh Bella Astillah.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peminat Mendoakan Yang Baik-Baik, Penampilan Fazura Curi Tumpuan
Beberapa entri video dan foto yang dikongsikan pelakon cantik, Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab di Instagram mencuri tumpuan ramai.
Menerusi satu hantaran di plaform sama pertengahan Mei lalu, ada warga maya di ruangan komen menyambut baik penampilan yang digayakan ibu kepada seorang cahaya mata.
Malah mereka turut mendoakan yang baik-baik buatnya.
Sementara itu dalam video yang dikongsikan di Insta Story, Fazura yang dirakam sedang mempromosikan Fazura Lippy Beg dilihat turut tampil berhijab dan mengenakan kemeja berlengan panjang.
Namun, tidak dapat dipastikan mengenai masa sebenar video tersebut diambil.
Peminat sebelum ini mengetahui, Fazura memilih untuk mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.
Terdahulu, menerusi Harian Metro, isteri kepada pelakon Fattah Amin di dalam temu bual bersama media menjelaskan, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi.
Bagaimanapun, sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.
“Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah.
“Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Datangkan Ujian Supaya…,” – Karnival Starvendors Dibatalkan, Ifa Raziah Mohon Maaf
Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah memaklumkan karnirval Starvendors Mega Raya Fest 2021 telah dibatalkan selepas pihak kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 Mei ini.
Akur dengan insiden yang berlaku, Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas pembatalan karnival tersebut.
Pada masa yang sama, penyanyi berusia 45 tahun ini memberitahu akan memulangkan semula semua bayaran yang telah dibuat oleh para vendor atau penyewa tapak.
“PENGUMUMAN STARVENDORS EVENT SDN BHD* Assalammualaikum dan Salam Vaksin Raya 2021.
“Terlebih dahulu pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami.
“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua kerana sudi menunggu dan memberikan ruang dan kesempatan kepada pihak pengurusan STAR VENDORS / PWTC / MKN untuk berbincang & mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman MCO 3.0 PKP di Wilayah Kuala Lumpur.
“Setelah berbincang dengan pihak PWTC dan pihak berkuasa, dan disokong oleh kenyataan Menteri Wilayah, pihak kami tidak, dibenarkan meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021. Semua acara lain sedang & akan berlangsung di PWTC, telah dibatalkan.
“Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati akan MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24th April 2021 lalu.
“Proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari Tarikh 7hb Mei 2021.Untuk segala proses refund, sila hubungi dengan staff yang anda berurusan.
“Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha, ada hikmahNYA. Doa yang baik-baik, Insyallah yang datang semua yang baik-baik.
“Akhir kata pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN . Jumpa kami pada event akan datang,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di Instagram.
Sekadar informasi, karnival Starvendors Mega Raya Fest dijadualkan bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC) bermula 7 sehingga 9 Mei.
Foto: Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI