
Terbaru pelakon Wan Sharmila telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai hijab di akaun Instagram miliknya.
“Belum lagi… #doakan #doayangbaikbaik” tulisnya.
View this post on InstagramBelum lagi… #doakan #doayangbaikbaik ?
A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on
Lantas netizen memberi komen mendoakan kepada Sharmila untuk supaya terus berhijab suatu hari nanti.
Lalu ada juga segelintir netizen berpendapat bahawa lebih baik Sharmila untuk memakai hijab ketika dirinya betul betul bersedia dan menjadi diri sendiri.
Tidak kisahlah berhijab atau pun tidak, yang penting semuanya bermula dari hati.
Diharapkan semua urusan Sharmila dipermudahkan dan kita mendoakan yang baik-baik sahaja kepada Sharmila.
Untuk rekod, drama terbaru lakonan Sharmila berjudul Senafas Rindu telah ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro RIA dan RIA HD.
Foto : Instagram Wan Sharmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekali Sekala Saya Guna Scrubs,”- Nadiyah Shahab Dedah Tips Miliki Kulit Gebu, Cantiknya Dia!

Pasangan merpati dua sejoli, Nadiyah Shahab dan Ben Ali baru-baru ini menikmati percutian bersama di Itali.
Malah, pemilik nama penuh Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab ini juga turut berkongsi gambar sekitar Itali dengan gaya tersendiri.
Dalam pada itu, pelakon Asalkan Dia Bahagia ini sempat berkongsi tips kecantikan khusus bagi mendapatkan kulit bersih dan mulus.
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
Lalu, perkongsian dari figura cantik ini mendapat perhatian netizen yang memuji kecantikan kulit pelakon berdarah kacukan Arab- Jawa itu.
Tidak lokek berkongsi kecantikan, Nadiyah memberikan komen jujur selepas netizen mengajukan soalan mengenai kulitnya yang tampak sihat.
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
Untuk rekod, Nadiyah dan Ben berkahwin pada 10 November 2018.
Foto : Instagram Nadiyah Shahab
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Mahu Ubah Lanskap Nyanyian Malaysia…,” – THSS Disamakan Dengan Show Sarkas, Astro Pandang Positif

Disebabkan kreativiti persembahan yang luar biasa dipamerkan para peserta, ada segelintir netizen yang pesimis seterusnya menganggap program The Hardest Singing Show (THSS) seperti sebuah pertunjukan sarkas.
Mengulas mengenai komen tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menganggap ia sebagai satu petanda positif apabila penonton terhibur dengan pesembahan dipamerkan peserta tiap minggu.
“Kami melihat komen ‘sarkas’ itu daripada sudut positif. Pada kami, sarkas itu merupakan tempat untuk menunjukkan persembahan dan penonton datang untuk berhibur.
“Dari pihak Astro, kami seperti lazimnya optimis untuk menganjurkan sebuah rancangan yang boleh menghiburkan orang ramai di rumah.
“Mungkin ada sesetengah pihak yang masih belum faham dengan konsep program berkenaan secara jelas, akan tetapi kita mengharapkan pada minggu-minggu akan datang, mereka akan lebih faham.
“Program THSS ini menguji limitasi persembahan peserta-peserta kita,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Penerbit THSS, Mohd Noor Firdaus pula berkata, program ini sebenarnya mempunyai matlamat yang lebih besar dan mahu membawa industri seni tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Kita sebenarnya cuba mengubah lanskap persembahan nyanyian di Malaysia.
“Selain daripada nyanyian, mereka akan selitkan elemen ‘kompleks’ supaya kita dapat melihat variasi dalam persembahan,” kongsinya.
Noor Firdaus turut menambah, THSS akan terus berusaha memenuhi kehendak para artis demi merialisasikan idea mereka di pentas besar.
“Daripada pihak produksi, kami sangat berbesar hati dengan idea-idea yang dilontarkan para artis. Saya akui, ia memang satu cabaran buat pihak produksi.
“Namun, kami akan bersedia untuk menerima cabaran-cabaran dan permintaan artis-artis kita.
“Kami juga belum pernah terlibat dengan elemen-elemen persembah luar biasa ini. Ia baru buat kami.
“Kami akan sentiasa menyokong idea para artis selagi mampu kami realisasikan,” ujarnya lagi.
THSS bersiaran secara langsung di Auditorium CIBD, Cheras pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Program yang menguji kreativiti persembahan para peserta ini diadili oleh tiga juri tetap iaitu komposer terkenal, Edry Abdul Halim, penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa dan pelawak, Zizan Razak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zara Zya Tanya…Ada Tak Yang Suka Dengan Perempuan Kuat Bekerja. Tapi Ini Pula Jawab Netizen

Pelakon Zara Zya sememangnya dikenali sebagai antara aktres yang cukup giat menempatkan nama dapam industri seni tempatan. Malah, deretan drama yang dilakonkannya juga turut mendapat perhatian pencinta drama lokal.
Terkini menerusi Instagram, bintang ini ada memuat foto sedang melakukan sesi penggambaran untuk sebuah projek.
Lalu, dia sempat bertanya peminat menerusi ruangan kapsyen.
View this post on InstagramAwak suka tak perempuan yg kuat bekerja?❤️ . . Make up: @alhaalfa
A post shared by Zara Zya (@zarazya) on
“Awak suka tak perempuan yang kuat bekerja,” tulis Zara Zya.
Lalu, persoaan tersebu mendapat reaksi pelbagai dari pengguna Instagram.
Malah, ada netizen yang tidak berapa gemar dengan perempuan yang kuat bekerja kerana mahukan golongan itu supaya berehat seketika.
Aduhai… macam-macam reaksi yang diberikan. Apa pula kata korang?
Foto: Instagram Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI