Penyanyi berbakat besar, Dayang Nurfaizah telah membuat persembahan di majlis Dunia Tanpa Wanita anjuran Mingguan Wanita di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, semalam.
View this post on InstagramA post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on
Lalu, MH berkesempatan menemu bual penyanyi asal Kuching, Sarawak, ini perihal sisi peribadi.
Pastinya, ia berkisar mengenai soal jodoh dan kekasih hati.
“Saya pun selalu bertanya dengan diri saya sendiri tapi yang itu susahlah nak cakap, InsyaAllah doa-doakan dan harapkan peminat semua doakan yang terbaik buat Dayang lah.”
“Belum lagi, tengah tunggu”kata Dayang.
Di samping itu, penyanyi yang berusia 37 tahun itu telah berkata mengenai ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan suami.
“Ini soalan yang paling susah sebab kalau orang nak cakap nak ciri-ciri yang baik dan sebagainya, semua wanita nak”
“Tapi bagi Dayang, kerjaya Dayang, Dayang nak seseorang yang lebih memahami Dayang.”kongsi Dayang.
Kini, Dayang sedang sibuk membuat persiapan untuk Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung pada 21 Julai 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur
https://www.instagram.com/p/BvqTb5_FsNy/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=ya3qwurnagqb
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Salahkan Kalau Takde 5A Tapi Letak Kat Ig,” – Anak Dapat 2A Dalam UPSR, Sharifah Shahirah Tetap Syukur
Tegasnya tiada apa yang ingin dirahsiakan apabila berkongsi keputusan UPSR anaknya iaitu Airra yang mendapat 2A, 1B, 2C dan 1D.
Kata Sharifah Shahirah, tindakannya supaya dapat menjawab persoalan ramai mengenai keputusan yang diperoleh anak keduanya bersama Ijoy.
Walau bagaimanapun, dia turut menitipkan ucapan penghargaan buat guru Sekolah Kebangsaan Taman Melawati dalam mendidik anaknya.
“Tak salahkan kalau takde 5A tapi letak kat Ig. Sbb kang ramai tanya… haaa senang.
“Tahniah yg dapat 6A…ibu penat berdoa..nangis.
“Kami pun penat nangis..ikut mak slow learner..tak paham2..bila cikgu cakap. Tq teacher Sktamanmelawati. #takdeapanakdirahsiakan.
“Yg best korang tau dulu sebelum bapak dia tau…hahahaha…bapak sibuk kat padang gop” tulisnya.
Dalam pada itu, netizen memuji tindakan pengacara terkenal ini dalam menghargai anak-anak.
Jelas mereka, setiap anak punya kelebihan masing-masing.
Apapun, tahniah buat semua pelajar yang mengambil keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun ini.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sangat Tekankan Keberkatan Dalam Setiap Perkara,” – Pintu Rezeki Makin Bertambah, Neelofa Bersyukur
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin.
Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan.
“Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH.
Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendakwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah).
“Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas.
“Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya.
“Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan.
“Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu.
“Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kahwin? Jawapannya Tidak,” – Patutlah Shiha Zikir Belum Terfikir Nak Jadi Bini Orang, Rupa-Rupanya…
Penyayi Shiha Zikir mengakui masih belum terdetik untuk mendirikan rumah tangga, meski hubungan yang dibina bersama teman rapat yang juga pengurusnya yang dikenali sebagai Arul sudah pun berputik lebih beberapa tahun lalu.
Katanya kepada MH, dia sudah serik untuk memberikan apa-apa kenyataan berhubung soal kahwin, bimbang andai ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
“Kahwin? Jawapannya tidak. Sebab saya masih ingat, saya ada membuat kenyataan kepada media yang saya mungkin akan tamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini. Tetapi masih belum jadi juga.
“Jadi selepas ini, saya tak nak berikan apa-apa kenyataan atau ‘janji’, takut nanti dikata propa pula kalau tak jadi. Lalu yang terbaik, biarlah ia go with the flow,” katanya jujur.
Shiha yang popular menerusi single Jagakan Dia bagaimanapun bertuah kerana mempunyai si dia yang cukup memahami dan bukanlah jenis lelaki yang suka mendesak.
“Macam saya, tidak mahulah terburu-buru. Malah pasangan saya pun positif, dia bukan macam mendesak kerana dia pun ada misinya sendiri. Pada masa sama, dia pun risau sebab takut saya nak pilih dia atau pun duda,” jelas Shiha secara seloroh.
Dalam perkembangan lain, Shiha bakal muncul dengan sebuah lagu dangdut, khusus untuk pasaran Indonesia hujung bulan ini.
“Lagunya sudah dirakam dan insyaAllah kami akan lancarkan ia bersama lirik video hujung bulan ini. Memang sudah lama nak rakamkan lagu dangdut bagi menghargai para peminat saya di sana.
“Malah yang mengikuti perkembangan saya saat menyertai program D’Academy Asia, tiga tahun lalu.
Terdahulu, Shina ditemui media di pembukaan cawangan kedua spa kecantikan FABUlash yang mempunyai kepakaran tidak hanya terbatas pada sambungan lash extension saja tetapi manicure, pedicure, waxing dan henna yang selamat untuk si pemakai.
Pengarah Pemasaran FABUlash, Cik Hi Yin Pink para pelanggan juga tidak perlu risau kerana servis yang ditawarkan selamat dan halal.
“Pelanggan juga tidak perlu bimbang atau khuatir, kerana perkhidmatan kami dijamin selamat dan halal untuk digunakan. Malah kami adalah satu-satunya di Malaysia yang mempunyai sijil dan kami diiktiraf oleh Persatuan Nailist Jepun,” katanya.
Bersama-sama Pink menggerakkan FABUlash untuk cawangan Taman Tun Dr Ismail, adalah Tengku Ab Hadi Tengku Mustapha selaku Pengarah Urusan FABUlash dan Tracy Wan sebagai Pengarah Kreatif.
Antara selebriti tempatan popular yang merupakan pelanggan tetap FABUlash adalah penyanyi Nabila Razali, Nabila Huda, Janna Nick, Zara Zya, Datin Nina Juren, Noryn Aziz, Bella Astillah, Syamim Farid, Mimi Fly, Cassidy, Elisya Sandha dan ramai lagi termasuk Influencer media sosial terkenal.
Foto: Nik Ahmad Fahmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI