Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak menolak pendirian individu yang mahu melakukan rawatan kosmetik demi kecantikan.
Bagi Dayang, ia terpulang kepada individu itu sendiri selagi tidak memudaratkan.
“Saya tidak menentang terhadap kecenderungan individu yang mahu melakukan prosedur rawatan kosmetik.
“Kalaulah cara itu yang membuatkan mereka rasa lebih yakin, siapa saya untuk menghalangnya.
“Cuma kalau boleh janganlah berlebih-lebihan bimbang ia akan memberi kesan sebaliknya pula,” jelasnya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi X Missing U ini juga belum bersedia untuk melakukan hal sama, sebaliknya memilih untuk melakukan regim kecantikan sebagaimana kebanyakan wanita lain seusianya.
“Bagi diri saya, belum lagi terfikir untuk melakukan hal sama. Saya takut andai perubahan yang dilakukan tidak seperti yang diharap-harapkan.
“Lazimnya ia mungkin akan berikan kesan jangka panjang, jadi saya tidak berani. Kalau boleh setakat ini, saya cuba elakkanlah,” akuinya lagi.
Ditanya mengenai apakah reaksinya apabila gaya dan penampilan pada awal penglibatan dalam seni dikongsikan kembali, bintang asal Sarawak ini positif dan menyifatkan ia suatu proses mematangkan diri.
“Jujurnya saya gembira dengan apa yang telah saya lalui sejak awal penglibatan dalam seni hinggalah sekarang.
“Ada yang kata saya bermula dengan gaya yang pelik-pelik dari segi gaya rambut dan sebagainya.
“Akan tetapi itulah yang membuatkan saya tersenyum dan ia seterusnya membuatkan saya belajar, lebih kenal apa yang sesuai dan sebaliknya. Ia proses bagi saya juga.
“Saya tidak rasa malu. Itulah Dayang Nurfaizah,” katanya yang kini lebih peka terhadap penampilan, khasnya terhadap kesihatan kulit dan dalaman.
Dayang ditemui pada majlis perlantikanya sebagai duta produk Bungaa di Royale Chulan, Damansara pada Khamis.
https://www.instagram.com/p/CDjW9tTpA9f/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI