Sudah mencecah kira-kira tiga bulan pemergian ibu tercinta, pengacara Roslan Shah berkesempatan menzirahi pusara ibunya, Mariam Kari di Singapura, semalam.
Kongsi Roslan, sehingga kini figura arwah ibunya, masih belum muncul dalam tidurnya (mimpi).
“Balik Singapore Pasti Rindu Arwah Ibu tercinta Cik lan, sekejap dah bulan March 2020. Emak, Lan tetap rindu emak Tau Dan Setiap Hari Lan Doakan serta Sedekahkan Al Fatihah untuk Emak.
“Lan belum mimpi sampai sekarang serta teramat rindu sangat sangat, tadi dah nak sampai di kubur Lan Rasa Tak sabar Dan berlari ke kubur Emak Macam seperti biasa kalau Lan balik rumah aje mesti tak sabar nak peluk Dan cium emak di pipi, tangan, dahi Dan kaki,” kongsinya.
Dalam masa sama, pengacara itu juga sentiasa terbayang-bayang akan katil yang selalu digunakan arwah.
“Selalunya cik lan dah amalkan sejak cik lan Menjaga Ibu tercinta.cik lan….balik rumah tengok katil Arwah IBU tercinta cik lan aje dah Rasa lain pulak Dan cik lan cuma dapat cium baju Dan sarung batal Hari terakhir permergian arwah Ibu tercinta saja cik lan simpan Dan letak di atas katil Arwah Ibu tercinta.
“Tipu lah kalau Cik lan Tak Rasa sedih Dan Sebak setiap Kali masuk bilik arwah Ibu tercinta cik lan setiap Kali kerana di bilik selalunya cik lan tidur bersama dengan arwah IBU tercinta cik lan.
“Al fatihah untuk Emak ya…Allahyarhamah Puan Mariam Bte Kari Meninggal pada 20 December 2019 (Jumaat )……Amin,” akhirnya.
Menerusi video tersebut, Roslan sedang menabur bunga dan menyiram pusara arwah ibunya.
Terdahulu, Allahyarhamah Mariam,79, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tempines Street, Singapura akibat kanser perut.
Foto/ Video : Instagram Roslan Shah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI