Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui tahun ini dia akan meluangkan masa bersama isteri, Awin Nurin untuk bertemu pakar sakit puan sebagai salah satu usaha mereka untuk memiliki cahaya mata.

Katanya kepada MH sebelum ini dia mengambil masa yang agak lama untuk melakukan iniseatif sedemikian kerana kekangan masa.

“Belum periksa jadi saya tidak tahu siapa yang ada masalah, kalaulah ada. Jadi sebab itulah tahun ini kami cuba. Bukan takut dengan keputusan tetapi komitmen masa. Malah ada juga kenalan yang bagi cadangan klinik sakit puan.

View this post on Instagram

Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis. 🙏 Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur! Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin 21.06 #JuneBaby . Photo by @shaaramlie Baju by @neonate.company Seluar by @forever21

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

“Kiranya usaha kami untuk dapatkan anak sendiri setelah lebih tiga tahun mendirkan rumah tangga. Malah kawan-kawan pun ada tanya dan kebanyakan pun ada juga tanya sudah periksa belum. Jadi tahun ini kena periksa jugalah,” katanya lagi.

Pada masa sama, Izzue tidak menafikan tahun ini dia sangat berhajat dan berharap untuk mendapat berita gembira, mendapatkan cahaya mata sendiri.

Ads

“Kalau nak diikutkan sudah lama, cuma tahun ini saya berharap sangatlah. Kalau sebelum ini asyik sibuk, jadi hujung tahun ni insyaAllah saya ada curi masa untuk kami pergi periksa bagi mengenal pasti apa sebabnya.

“Saya taklah tertekan sebab saya jujurnya seronok sebab sekurang-kurangnya sebelum ini kami dapat jaga anak-anak keluarga yang lain. Ia lebih kepada rasa teruja dan kami minta doa semua orang untuk kami miliki anak sendiri,” pintanya lagi.

Ads

“Saya masih lagi promosikan single terbaru, Kau dan pada masa sama saya baru baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk sitkom Kafe Pop Yeh Yeh siaran TV3. InsyaAllah ia bakal ditayangkan Ogos depan.

“Antara pelakon lain yang terlibat ialah Datuk AC Mizal, Oktovia Manrose dan ramai lagi,” akhiri Izzue.

Ads

Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Terdahulu, Izzue ditemui pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Foto: Instagram Izzue Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI