Penyanyi, Tasha Manshahar menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini telah ‘lari’ daripada imej wanita berpurdah.
Menurut Tasya, dia sebelum ini tidak pernah berpurdah sebaliknya hanya mengenakan pakaian sedemikian untuk menjaga privasi.
“Saya belum pernah membawa imej sebagai orang yang betul-betul berpurdah.
“Cuma ada satu ketika sewaktu saya baru mengajar di Melaka, saya sangat dikenali dan itu merupakan salah satu cara untuk menjaga privasi bila ke mana-mana.
“Tapi sekarang saya dah rasa selesa dengan orang sekeliling kerana saya dah pilih circle saya sendiri untuk saya rasa selamat,” katanya kepada MH.
Akui kerjaya sebagai seorang guru dan penyanyi sukar untuk berjalan seiring, isteri kepada penyanyi, Raqib Majid itu akui dia amat memandang tinggi terhadap semua jenis kerjaya.
“Itu juga merupakan salah satu faktor, dua kerja ini bukan tidak boleh selari tapi ia tidak akan berjumpa di suatu titik yang sama.
“Saya sebagai seorang individu, memandang tinggi terhadap semua kerjaya. Apa sahaja kerjaya seseorang itu mereka ada peranan yang tersendiri dalam pembentukan masyarakat.
“Pada saya, semua pekerjaan wajar dihormati selagi anda buat perkara yang betul. Oleh itu, untuk jangka masa panjang saya lebih selesa dikenali sebagai seorang guru.
“Kelebihan saya mungkin saya ada ramai followers dan saya boleh sebarkan lagi banyak perkara berbanding guru-giri lain,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Aku ini turut mengakui menghadapi cabaran untuk membezakan imej sewaktu di sekolah dan juga di luar.
“Di sekolah saya tidak menggunakan nama Tasya tapi saya gunakan nama Teacher Nadia.
“Perkara ini sukar untuk dibuat pada peringkat awal sebab saya nak lari daripada imej seorang artis ketika di sekolah.
“Ada juga sewaktu disekolah mereka panggil saya ‘Tasha Manshahar’ macam tu je sebab mereka dah terbiasa begitu.
“Sebab itu saya kena kuat dan macam mana sekali pun saya tetap guru mereka dan alhamdulillah mereka kini selesa panggil saya teacher Nadia
“Orang lebih hormat dan tidak bercampur dengan imej yang biasa mereka tengok di luar,” akhirinya.
Tasha Manshahar telah mendirikan rumah tangga bersama Raqib Majid pada tanggal 8 September 2018 dan kini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muammar Rafiqi
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI