Seperti tiada penghujungnya, tiba-tiba sebuah akaun Instagram muncul, dicipta pihak tertentu yang sepertinya bertujuan membongkar apa sahaja yang membabitkan kontroversi Aliff Aziz bersama gadis remaja yang dikenali sebagai Mell.
Selepas viral foto kurang sopan yang dirakam secara selfie melibatkan Mell bersama lelaki mirip Aliff, tiba-tiba muncul pula sekeping foto lain yang memaparkan aksi remaja terbabit yang didakap seorang lelaki, sambil melentangkan kepala pada bahagian leher remaja terbabit.
Foto yang dirakam secara swafoto itu pula seperti diambil ketika di atas katil.
Selain itu, turut dikongsikan ialah beberapa keping foto serta video lain yang tidak kurang hangatnya.
Terdahulu, sebuah akaun Twitter mulai sebar foto Aliff bersama gadis tersebut dipercayai diambil di sebuah bilik hotel.
Kisah sensasi itu terus panas hingga menyebabkan isteri Aliff, Bella Astillah membuat luahan mahu meninggalkan suaminya itu di Instagram, awal semalam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali Lagi, Neelofa Bakal Tunai Haji Kali Kedua 4 Ogos Ini
Pengacara Neelofa mengumumkan bakal mengerjakan umrah buat kali kedua pada 4 Ogos depan.
Neelofa ketika ditemui di Damansara, Petaling Jaya siang tadi memberitahu dia teruja apabila dapat melaksanakan ibadah kelima rukun Islam bersama ibu dan dua orang adik lelakinya.
“Saya akan berangkat pada 4 Ogos ini,tapi kami masih dalam proses untuk mendapatkan visa kerana banyak perkara yang masih belum lengkap.
“Saya sangat teruja kerana dapat menunaikan ibadah bersama bersama ibu dan dua adik lelaki saya,” katanya kepada MH ketika ditemui pada sesi rakaman program Naura Shares di sini.
Dalam pada itu, Neelofa,30 turut membuat persiapan sebelum berangat ke Tanah Suci Mekah.
“Saya banyak baca buku dan ada juga ustaz yang datang ke rumah untuk memberi pencerahan kepada adik-adik saya yang belum pernah lagi pergi ke Mekah,” kongsi Neelofa.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wanita Jangan Jadi Bodoh,” – Pendapat Che Ta, ‘Suami Mungkin Beli Beras, Tapi Belum Tentu Belikan Lauk’
Selebriti popular, Rozita Che Wan menasihatkan mana-mana wanita yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Rozita yang sinonim disapa Che Ta berkata, wanita perlu bijak dalam tindakan bagi mengekang situasi tidak diingini dalam rumah tangga.
“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini.
“Jadi saya nasihatkan… kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.
“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).
“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap isu keganasan rumah tangga yang menjadi sorotan kebelakangan ini.
Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.
“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.
“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.
“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya.
Che Ta juga meluahkan rasa tak puas hati apabila sering terbaca mengenai perkara itu di media massa.
“Memang saya geram, kurang ajar. Kau bila nak nikahi orang itu sanggup bayar mas kahwin bila tak mahu, buat begitu kenapa?,”katanya.
Pelakon drama Kiah Pekasam ini ditemui media ada majlis A Night With Rozita Che Wan di Glam Hall, Damansara, pada Jumaat memperkenalkan variasi terbaharu daripada Inai Che Ta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ernie Zakri Akui Pernah Lalui Fasa ‘Down’ Tegaskan Jangan Dengar Cakap Orang!
Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
MH sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat wanita diluar sana!
Pernah Tak Ernie Hadapi Atau Berdepan Dengan Masalah Kulit?
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI