Pelakon yang juga suami kepada aktres Fasha Sandha, Aidil Aziz awal semalam ada memuat naik foto isterinya itu yang kini sudah pun memasuki wad bersalin.
Meminta ramai mendoakan agar semuanya dipermudahkan, Aidil turut memohon maaf andai selama ini ada salah dan silap.
“Assalamualaikum followers. Doakan agar urusan kami dipermudahkan ye.
“Maaf sekiranya ada salah & silap.
Ads
“Terima kasih kepada semua yg sentiasa memberi support & sentiasa mendoakan yg terbaik,” tulisnya sambil dihujani dengan pelbagai komen wargamaya serta rakan selebriti.
Pasangan itu sebelum ini pernah mendedahkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata perempuan.
Sebagai rekod, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan terdahulu pula, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Foto: Instagram Aidil Aziz, Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Intan Ladyana, 39, dan Harris Alif, 22, yang telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka, pada Isnin.
Berita gembira tersebut dimaklumkan mereka menerusi Instagram masing-masing yang sekaligus menerima ucapan tahniah serta doa yang baik-baik daripada peminat.
Sementara itu dalam kapsyen pada pautan foto terkini itu, Harris berkongsi tarikh kelahiran selain mendedahkan jantina permata hatinya itu.
Layanan peminat yang sangat istimewa dan energi dahsyat bila setiap kali membuat persembahan membuatkan kumpulan popular Indonesia, D’Masiv sentiasa mahu kembali ke Malaysia untuk menjayakan konsert.
Namun, berbeza pula kali ini apabila mereka bakal bergandingan dengan penyanyi, Mario G Klau menerusi ‘Amazing Consert D’Masiv & Mario G Klau’.
Konsert ini bakal berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 29 Jun depan.
Menurut vokalisnya Rian, Malaysia sentiasa menjanjikan suasana penonton yang gamat seperti mana yang berlaku ketika konsert Cinta Sampai Di Kuala Lumpur Februari lalu.
“Bila buat persembahan di Malaysia, ia selalu menjadi momen yang istimewa kerana kami tidak selalu dapat peluang seperti ini. Kami hanya akan datang bila ada acara istimewa.
“Penonton juga akan selalu ramai dan sangat menghargai kami. Mereka semua hafal lagu D’Masiv walaupun bukan lagu hits.
“Kami juga kenal dengan muka-muka yang selalu hadir di konsert kami. Tahun 2023, sambutan di Kuala Lumpur sangat luar biasa sehingga kami terpaksa menambah satu hari lagi.
“Semoga pada tanggal 29 Jun nanti, ramai peminat yang akan hadir dan kami akan berikan persembahan yang sangat istimewa,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi dan penulis lirik, Mario G Klau turut berbesar hati apabila dapat bersama-sama mengadakan konsert dengan kumpulan kegemarannya sendiri.
“Saya sangat teruja apabila berpeluang untuk berkongsi pentas bersama D’Masiv. Mereka merupakan sebuah kumpulan muzik yang sangat besar.
“Ia satu penghormatan bila dapat sama-sama buat persembahan dengan abang-abang gang saya minat sejak di bangku sekolah.
“Ramai sudah rakan-rakan seangkatan saya sudah membuat konsert di Malaysia. Saya tumpang gembira buat mereka dan kini giliran saya,” katanya.
D’Masiv dan Mario ditemui pada majlis sidang media konsert yang berlangsung di SF Residence, Jakarta, Indonesia, baru-baru inu..
Konsert ini dianjurkan menerusi kolaborasi dua negara iaitu JPP Entertainment (Indonesia) dan Creative Page (Malaysia).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Creative Page, Khairul Faiz akui teruja kerana diberikan kepercayaan untuk menguruskan konsert ini secara penuh di Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPP Entertainment kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada Creative Page untuk menganjurkan acara Amazing Concert di Malaysia.
“Ini satu perjalanan baharu buat kami untuk bergabung dan menjalankan konsert ini.
“Diharapkan dengan berlangsungnya konsert melibatkan dua nama besar ini, ia akan menjadi sebuah acara yang meletup,” katanya.
Terdahulu, tiket Amazing Consert D’Masiv & Maria G Klau sudah pun dijual bermula pada hari ini.
Harga tiket pula mula dijual serendah RM184 (General Seating B), RM194 (General Seating A), RM200 (Rockzone B), RM210 (Rockzone A), RM936 (VIP 2) dan RM465 (VIP 1).
Menariknya, konsert ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan khas dua orang artis tempatan iaitu Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih lagi dibuai rasa teruja atas kehadiran ahli keluarga baru, pelakon Amar Baharin menerusi Instagramnya yang dikemas kini ada memuat naik foto anak keduanya.
Meski ia tidak dirakam dari jarak dekat, namun para peminat nyata teruja apabila selang beberapa hari selepas dilahirkan, suami kepada Amyra Rosli itu berkongsi kegembiraan berkenaan buat tatapan ramai.
Si ibu pula ada berkongsi video menerusi IG Stories yang merakamkan Amar sedang mendodoikan bayi yang masih belum diberikan nama itu.
Terdahulu, Amar ada memaklumkan isterinya telah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, seorang puteri pada pagi 1 Februari lalu dan menyatakan ibu dan bayi selamat.
Sekadar mengimbas, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini mencecah usia 3 tahun.
Foto: Instagram Amar Baharin, Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!